Sekiranya Iphone 4S itu berjaya saya miliki, sudah tentu perkara pertama saya buat, adalah buka kotak Iphone 4S tersebut.
Kenapa?
Kalau saya tak buka, macam mana saya nak cas bateri Iphone 4S itu? Adakah boleh guna silap mata ala² David Copperfield, cas Iphone 4S tanpa buka kotak?hehe.
Takkan nak biarkan Iphone 4S yang canggih ini di dalam kotak?
Kalau tak buka kotak macam mana saya nak masukkan Simkad Digi yang akan saya beli sekiranya berjaya mendapat Iphone 4s?
Kalau tak buka macam mana saya nak online menggunakan plan data Digi , the most affordable plan tu ;) ?
Santa pun online di mana² saja, dengan adanya Iphone 4S dan rangkaian meluas DIGI itu.
Kalau saya tak buka kotaknya, macam mana saya nak guna kameranya yang superb itu?
Face Detection-Wow!!
Kalau saya tak buka kotaknya, macam mana saya nak gunakan SIRI yang sungguh bijak itu?
Anda tahu kenapa ayam lintas jalan?hehe
Kalau saya...arghhh..berapa banyak kalau daa? Kalau nak tulis mengenai kecanggihan Iphone 4S bila dibuka kotaknya memang tak akan habis.
JADI, adakah anda setuju dengan saya, perkara pertama yang sepatutnya dibuat dengan Iphone 4S adalah buka kotaknya kan?hehe..Kalau hanya disimpan di dalam kotak, macam mana kita nak rasa kecanggihan Iphone terbaru ini.
Buka kotak nampak katak,
Hujan di luar sungguh lebat,
Meskipun tak dibuka kotak,
Iphone 4S tetap yang terhebat.
Post a Comment