''Macam mana result PMR gempak tapi SPM tak?''

Tiba² terpacul soalan itu dari mulut mama Darwisy semasa tengah tengok berita mengenai keputusan PMR 2011.

1999. Jip darwisy tu takde kena mengena ;)

Sepanjang tahun 1999, tak pernah saya mendapat lebih daripada 3A keatas. Tup..tup alhamdulillah peperiksaan sebenar dapat straight A's. Mungkin kerana last minit study tu berkesan, atau mungkin permainan graf normal untuk menentukan cutting point gred semua mata pelajaran menyebabkan keputusan tersebut.

Beberapa bulan kemudian, mendapat tawaran ke MRSM Pengkalan Chepa, tapi entah macam mana, tak terdetik pun rasa nak belajar di tempat sehebat itu, masih lagi nak teruskan di sekolah menengah biasa tu. Jadi bila persekitaran sekolah dan dalaman tak mendesak untuk menjadi yang terbaik, natijahnya keputusan SPM tak seberapa. ;). Tapi tetap berjaya ke Matrikulasi Kolej Mara Kulim dan menghabiskan pengajian dengan gred purata 3.45. Masa tu 3.45 dah layak sangat kalau nak ambil engineering, bukan macam sekarang, 3.7 ke atas pun mungkin tak lepas..hehe.

'' Kalau belajar elok², mesti SPM elok dan mungkin jadi doktor sekarang ni''

mama Darwisy menambah lagi.hehe.

Ada betulnya tu. Kalau saya ke MRSM mungkin SPM lebih bagus, atau mungkin tak? Mana tahu kan?

Tapi perjalanan hidup kita sudah ditulis cantik olehNya. Mungkin saya tak menjadi doktor, tapi saya berpeluang membantu menghasilkan beberapa puluh, ratus atau ribuan pelajar yang akan menjadi doktor, jurutera, peguam dan lain² kan?

Selama 4 tahun mengajar, dah beberapa orang bekas murid saya berjaya mengikuti bidang kedoktoran dan kejuruteraan dan juga bidang² lain. Itu juga satu kepuasan. Puas dapat membantu walaupun sedikiiiiiiiiit saja bantuan itu.

*****************

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU² DAN PENSYARAH YANG MENCURAHKAN ILMU MEREKA ..

2 Comments

  1. nasib baik tk jd doc kalo tak msti tak kawin dgn ai.. :p

    ReplyDelete
  2. nasib baik tk jd doc kalo tak msti tak kawin dgn ai.. :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post