Azroy (bukan nama sebenar) adalah merupakan seorang pemain bola sepak yang handal dari peringkat tadika lagi sehinggalah satu peristiwa yang diakibatkan tabiat buruknya sendiri memakan diri. Beliau tidak boleh lagi bermain bola sepak setelah kakinya terpaksa dipotong akibat gangren, salah satu penyakit yang diakibatkan merokok.
Beliau hanya mampu merenung dan menggengam piala dan medal yang pernah dimenanginya dahulu. Beliau tahu, hanya kenangan yang ada sekarang, beliau tidak mampu lagi untuk bermain sukan kegemarannya itu.
Ini sedikit pesanan dari Azroy ;
'' Kawan², katakan #tak nak kepada rokok. Kerana apa yang menunggu anda hanyalah ratapan/tangisan anda dan mereka yang tersayang.
My friends, SMOKING KILLS!!
Terima kasih saya ucapkan kepada Azroy kerana berkongsi pengalaman dan nasihat beliau itu di blog saya ini. Harap Azroy banyak² bersabar dan terima takdir beliau dengan penuh redha.
Kepada mereka yang ingin mendapat info hidup sihat tanpa rokok dan lain², sila layari gayahidupsihat.my
Entri ini khas untuk sertai kempen #tak nak anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Nuffnang. Secara automatik entri ni mungkin(mungkin sahaja ye ;p ) meletakkan saya di antara mereka² yang bertuah akan memenangi duit free melalui photo contest ni.
NOTA RINGKAS : Kita hanya mengetahui tingginya nilai kesihatan bila kita sakit?
Post a Comment