Festival bunga dan taman atau lebih dikenali sebagai pesta floria yang dinanti-nantikan di Malaysia akan kembali pada tahun ini dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi anda. Bertemakan ‘Pesona Warna’, FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas. Bunga Begonia atau asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika telah dipilih sebagai bunga tema Festival Bunga dan Taman Putrajaya.
Antara kelainan yang akan dibawakan di Floria 2014 ini adalah “Taman Bertema” di mana peserta pameran taman akan diberi tema rekabentuk seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.
Tarikan lain yang akan memeriahkan Floria 2014 adalah Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang akan menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap. Justeru itu, lebih daripada 200 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari FLORIA Putrajaya berlangsung. Aktiviti-aktiviti ini termasuk demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, pertunjukkan fesyen serta seni dan kraf.
Sepertimana setiap kali penganjuran FLORIA Putrajaya, tarikan baru sentiasa disediakan untuk memberi nilai tambah kepada acara tahunan ini. Pada tahun ini, antara tarikan utamanya adalah Taman Di-Raja, Taman Tergantung, Taman Begonia, Taman Orkid, Tea Party Garden dan Taman Inovasi.
Floria Putrajaya 2014
Tempat :Pesisiran Presint 4,
Tarikh : 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi – 10:30 malam (Isnin hingga Khamis)
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
Tahun lepas saya tak sempat ke Floria 2013, harap-harap tahun ni dapatlah tangkap gambar bunga cantik-cantik..hehe1``
Jom saksikan video promo untuk Floria Putrajaya 2014