Tajuk pun dah tak tahu nak letak apa. Entah kenapa semenjak dua menjak ni amat berat rasanya nak memulakan entri blog. Bukan kekeringan idea tapi kekangan masa . Darilah program sekolah, PIBG sehinggalah ke program sukan seperti menjadi Jurulatih bolatampar daerah baru-baru ni semuanya memerlukan komitmen tinggi. Nak menulis pada waktu malam pun dah tak larat..hehe
Bila ditengokkan dalam akaun Nuffnang, berderet pulak dapat iklan CPUV.
Takkan nak biar iklan-iklan ini berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya??
Takkan nak biarkan blog ni bersawang begitu saja?
Jangan biarkan blog terlalu lama tanpa entri kerana :
- Ranking alexa semakin jatuh-memang dah jauh menjunam ranking Alexa blog ini
- Susah nak dapatkan balik mood-ye memang, kalau dah lama tinggal, memang susah mulakan ayat pertama
- Pembaca lari- Lama² sangat tinggal blog, komen akan berkurangan
Arggh, tak boleh jadi. Mesti mulakan langkah mencari mood menulis balik ni. Walaupun blogging bukan sasaran utama mencari duit tambahan, sekurang-kurangnya mestilah ada hasil. Tak sedikit, banyak pun jadi lah..hehe
Jadi inilah entri bagi mengembalikan mood blogging. Tak boleh panjang-panjang, nanti tersimpan dalam 'draft' pulak..haha
HAPPY BLOGGING!!!