Sebelum memulakan review aplikasi android Denaihati yang serba hijau tu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Denaihati kerana berjaya merangkul anugerah Best Personal Blog 2013, mengenepikan cabaran hebat dari blog Bro Framestone, BenAshaari, Cik Epal dan Irine Nadia di Perhimpunan Blogrr anjuran MyNic.
Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my
- Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
- Best Blogshop – EightDesignsBoutique
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
- Best Entertainment Blog – RotiKaya
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
- Best Automotive Blog – Paultan ->sumber Denaihati.com
Berbalik kepada aplikasi ini, tahniah kepada Team Denaihati kerana telah berjaya membina aplikasi terbaru menggantikan aplikasi Denaihati yang lama. Aplikasi baru lebih baik daripada aplikasi yang lama, saya rasa sudah bagus cuma ada beberapa kekurangan kecil. Dan ternyata aplikasi terbaru didatangkan untuk memperbaiki semua itu.
![]() |
Paparan lama agak suram |
![]() |
Paparan entri aplikasi lama |
Aplikasi Baru Lebih Baik
Pada aplikasi yang lama, saya rasa sudah bagus cuma ada beberapa kekurangan kecil. Dan ternyata aplikasi terbaru didatangkan untuk memperbaiki semua itu. Warna hijau yang sinonim kepada Denaihati nampaknya menjadikan aplikasi ini sejuk mata memandang untuk dilayari..hehe. Kan penting melihat objek hijau selepas berjam-jam mengadap komputer/laptop.
![]() |
Paparan aplikasi lama |
![]() |
Aplikasi Denaihati Serba Hijau |
![]() |
Paparan muka depan terbaru |
![]() |
Sambungan terus kepada facebook, youtube ,twitter dan instagram Denaihati |
![]() |
Twitter yang diintegrasikan |
Bagaimana nak install?
Oh ya. Senang sahaja. Budak tadika pun boleh buat..hehe. Cari je 'Denaihati' di google Playstore pada peranti android masing-masing. Dah jumpa tu install lah tak sampai sepuluh minit siaplah.
![]() |
Cari di Playstore |
Pengguna apple macam mana?
Itu sudah semestinya menjadi persoalan kepada pengguna-pengguna apple sekalian. Jangan risau, aplikasi untuk peranti apple menurut kata Denaihati sedang dibangunkan. InsyaAllah tak lama lagi akan adalah di Applestore tu ye.
Semoga dengan terhasilnya aplikasi versi baru ini membolehkan blog Denaihati terus maju dan maju. Terus maju disamping membantu blogger-blogger lain maju bersama sebagaimana salah satu matlamat Denaihati iaitu Ke Arah Industri Blog Yang Lebih Baik.