Alhamdulillah. Walaupun sedang sibuk dengan satu tugasan kerajaan di luar sekolah yang menyebabkan saya perlu membataskan aktiviti² dunia online, berjaya juga menyiapkan tugasan ketiga Contest Iphone 5S Revolusi Bisnes Online. Tugasan pertama hari itu berkenaan pandangan tentang bisnes online manakala tugasan kedua berkenaan bisnes online pilihan saya dan income yang diimpikan dari bisness online.
Apa itu ikon?
![]() |
ikon yang comel |
ikon simbol atau gambar pd skrin komputer yg mewakili sesuatu program, tetingkap dsb. Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikon 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia);3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Kamus Dewan Edisi Keempat.
Nampaknya tiada takrifan bagi perkataan ikon/icon yang sesuai dengan entri kali ni. Jadi saya akan cuba bagi contoh untuk kita lebih faham apakah yang dimaksudkan individu tertentu menjadi ikon kesayangan ramai.
Nabi Muhammad S.A.W Ikon Ikutan Umat Islam Selama-lamanya
Kalau kita sebagai seorang Islam, sudah tentu ikon terbaik untuk menjadi ikutan adalan Nabi Muhammad S.A.W. Tiada yang lebih layak lagi. Kita dari kecil lagi dididik dengan keperibadian Rasulullah S.A.W yang tercinta. Berpeganglah kita dengan Al Quran dan Sunnah, insyaAllah selamat dunia akhirat.
![]() |
Nabi Muhammad ikon umat Islam sumber |
Nelson Mandela Ikon Keamanan Sejagat
Kalau di peringkat dunia, mendiang Nelson Mandela merupakan ikon anti-apartheid yang sangat disanjungi ramai di atas perjuangan beliau menentang perkauman. Beliau sanggup dipenjarakan demi perjuangan beliau. Kematian beliau mendapat perhatian ramai. Beliau sangat dihormati serata dunia, atas keberanian dan jasa beliau dalam memperjuangkan kesamarataan hak antara kulit putih dan kulit hitam. Pemergian beliau hari tu mendapat liputan meluas seluruh dunia.
Siti Nurhaliza Ikon Hiburan Tanahair
Siti Nurhaliza menjadi antara tokoh-tokoh yang paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia, menurut data Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengatasi selebriti lain seperti Paris Hilton dan Britney Spears. Pada Januari 2008, Siti dinamakan sebagai salah seorang daripada Asia's Idols oleh Asia News Network kerana pencapaian yang menjadi contoh serta mencapai taraf ikon hiburan Malaysia -wikipedia
Jadi, boleh dikatakan seseorang individu yang dikatakan menjadi ikon itu adalah seseorang yang memberi impak besar terhadap orang lain, dan masyarakat. Mereka akan menjadi sanjungan di atas keperibadian , kejayaan , sumbangan dan sebagainya yang memberi impak positif terhadap kemajuan dan keperilakuan insan dalam segenap bidang.
Jadi, boleh dikatakan seseorang individu yang dikatakan menjadi ikon itu adalah seseorang yang memberi impak besar terhadap orang lain, dan masyarakat. Mereka akan menjadi sanjungan di atas keperibadian , kejayaan , sumbangan dan sebagainya yang memberi impak positif terhadap kemajuan dan keperilakuan insan dalam segenap bidang.
Icon bisnes online pilihan saya.
Di sini saya ingin menjadikan 2 ikon yang berjaya dalam bisnes online ini sebagai pilihan.
1. Irfan Khairi
Nama beliau adalah yang mula-mula sekali saya terbayang apabila menyebut icon bisnes online. Kerana dulu-dulu apabila sebut sahaja bisnes online, ramai yang akan menyebut nama beliau sebagai rujukan. Ternyata beliau adalah salah seorang perintis kepada kejayaan dunia bisnes online.
![]() |
Latar Belakang Irfan Khairi Si Jutawan Internet
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatiankepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.
Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja danperalatan computer yang canggih. Modal permulaannya…. hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun!
Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom.Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.
Pakar perniagaan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan IrfanKhairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yanglebih bahagia dan kaya.
Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan. sumber
Itu serba sedikit info ringkas tapi penuh berinspirasi mengenai Irfan Khairi. Beliau banyak muncul di majalah-majalah , akhbar, TV, dan radio berkongsi pengalaman dan menyampaikan ilmu untuk berjaya. Saya salah seorang subcribe mailing list beliau kerana sentiasa ingin mendapatkan tips-tips dari jutawan internet ini.
Kegigihan dan keberanian beliau dalam memulakan perniagaan online ini patut saya dan peniaga-peniaga online sekalian contohi.
Kegigihan dan keberanian beliau dalam memulakan perniagaan online ini patut saya dan peniaga-peniaga online sekalian contohi.
2. Denaihati ( Tn. Hj. Amir Bin Hassan )
Kalau ikon yang pertama tadi saya pilih memang sudah terkenal sekian lama. Kali ini ikon ini semakin dikenali. Kali ini saya ingin bercerita pula ikon pilihan saya seterusnya blogger Denaihati yang terkenal dengan Hidupkan Untuk Memberi.
Latar Belakang Denaihati
Aku bangga menjadi Blogger Malaysia. Aku berasal dari Segamat, Johor. Belajar di SKKA, Batu Anam kemudian ke Sekolah Sains Johor Kluang dan melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Antara hobi aku adalah mengembara ke negara orang menjelajahi kesusahan negara orang untuk mensyukuri nikmat yang ada. Sudah menjejaki kaki di Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, Arab Saudi, Qatar, UAE, German, Austria, Republik Czech, Italy, British dan France dan sedang merancang untuk kembara ke China, USA dan Afrika. Pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta. Sekarang buat bisnis sendiri yang simple. Juga peminat setia Arsenal.
Setelah lebih 3 tahun mengendalikan Blog Denaihati memang tidak sangka dengan pencapaian ada sekarang. Blog Denaihati adalah antara top 5 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang meningkat setiap bulan. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan Blogger Kak Jie, Ariffshah, Anarm, Jaws, Shahril dan Eizil memang tidak dapat dilupakan. Siapalah Denaihati tanpa mereka ini. Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga kepada semua Rakan Blogger yang terus bersama Blog Denaihati berkongsi rasa berkongsi pendapat.
Semuga kehadiran blog denaihati di dunia blog ni menambah ceria lagi hidup….
Adalah menjadi cita-cita aku untuk menjadikan Blog Denaihati sebagai sumber buat duit kepada Rakan Blogger yang setia bersama Blog Denaihati. Antara sumber online income yang disediakan di Blog Denaihati adalah :sumber-Denaihati.com
- Contest yang berterusan @ Contest.
- Insentif tunai untuk setiap backlinks @ Insentif tunai
- Program Loyalty Rewards @ Denaihati Loyalty Rewards
- Rakan Niaga @ eQurban.com
- Rakan Niaga Al-Ansar Properties @ Al-Ansar Properties
Oleh kerana saya juga merupakan seorang blogger, jadi saya sepatutnya menjadikan beliau sebagai ikon bisnes online pilihan saya di atas sumbangan beliau dalam memartabatkan dunia blogger di Malaysia khususnya blogger Melayu. Saya kagumi otak bisnes yang dimiliki oleh tuan punya blog Denaihati. Beliau sentiasa memikirkan cara terbaru untuk menjadikan blog sebagai pendapatan lumayan.
Bukan beliau memikirkan jana duit dari blog sendiri, Denaihati juga sentiasa berfikir macam mana nak membantu blogger lain jana duit dari blog. Sebab itulah terhasilnya Seminar Buat Duit Bersama Blog dan juga Kelas Junior dan Masterclass Akademi Denaihati. Siapa pertma kali dengar kedua-dua ni, pergilah terjah Denaihati.com untuk makluman lebih lanjut.
Denaihati terkenal dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi, senantiasa mengadakan contest² samaada yang ringkas dan senang, tak lupa yang mencabar jiwa raga seperti contest iPhone 5 Gadget Impian.
Bukan beliau memikirkan jana duit dari blog sendiri, Denaihati juga sentiasa berfikir macam mana nak membantu blogger lain jana duit dari blog. Sebab itulah terhasilnya Seminar Buat Duit Bersama Blog dan juga Kelas Junior dan Masterclass Akademi Denaihati. Siapa pertma kali dengar kedua-dua ni, pergilah terjah Denaihati.com untuk makluman lebih lanjut.
![]() |
Sepeteng Bersama Blogger 2012, masa ni muka saya kusam je..;) |
Denaihati terkenal dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi, senantiasa mengadakan contest² samaada yang ringkas dan senang, tak lupa yang mencabar jiwa raga seperti contest iPhone 5 Gadget Impian.
Kesimpulan :
Ikon bisnes online menjadi sumber inspirasi, memotivasi dan juga memberi. Jadikan kejayaan² mereka sebagai pemangkin kepada kejayaan kita. Jangan bermimpi nak jadi seperti mereka, tapi usahalah agar mampu seiring dengan mereka.
Jutawan internet si Irfan Khairi
Hidupkan Untuk Memberi itulah Denaihati
Berdoalah selalu dimurahkan rezeki
Dalam bisnes online yang diceburi
Semoga rakan-rakan yang menceburi bisnes online sentiasa berjaya, kaya dan dirahmati Allah selalu.
![]() |
Mungkin kah? Hehe |
Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang,Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok dan VIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.
Post a Comment