Tips Rumah Tangga Untuk Sang Adam

Untuk tips-tips rumahtangga bahagia, anda boleh cari sendiri di internet. Macam² tips ada, dari pakar rumahtangga yang bertauliah sehinggalah pakar copypaste .

Tips ini mungkin khusus kepada pengurusan rumah tangga bagi suami isteri yang bekerja. Macam mana peranan suami membantu isteri menguruskan rumah tangga terutama yang dah beranak pinak.


1. Suami Kena Belajar memasak
Bila isteri dalam pantang, siapakah yang akan menjadi tukang masak? Kalau ada ibu/mentua datang ke rumah mungkin boleh pass kat diorang, kalau tiada? Andainya dalam tempoh pantang tu semuanya diuruskan tanpa orang tua, siapa yang akan ke dapur? Takkan masakan dalam pantang pun nak beli kat kedai?  Takkan nak suruh isteri yang dalam pantang tu masak?

Nama Menu : Masakan Untuk Isteri Tersayang Melalui Hari² Berpantang

Jadi sebagai suami yang kacak, anda mestilah rajin²lah ke dapur, bantu apa-apa yang patut. Hiris bawang ke. Disebabkan dua-dua bekerja, masing-masing penat, jadi kena berkerjasamalah kat dapur jadi masterchef. Kalau anak meragam, kena bahagi tugas, sorang kat dapur sorang jaga anak.

2. Suami yang ke pasar
Saya tengok jarang sekali suami yang ke pasar berdasarkan dapatan di Pasar Presint 8 Putrajaya. Paling koman pun ada yang datang bersama isteri, tak pun isteri cari barang basah di pasar, suami baca suratkhabar di dalam kereta. Rasanya lebih baik suami seorang sahaja yang ke pasar, isteri boleh buat kerja rumah yang lain. Lagi efisien kan?


3. Suami Kena Basuh botol susu
Untuk anak kedua ni, isteri berusaha untuk menyusukan Danish sepenuhnya hinggalah ke umur 2 tahun. Jadi dalam usaha itu apa yang saya boleh bantu adalah basuh botol² simpanan susu dan juga pam susu tersebut..hehe. Bukan sebotol dua ye, kadang² 6 7 botol sehari kena basuh dan sterilize. Kadang² kalau malam dah tak larat tertidur awal kena bangunlah pagi-pagi, sebelum pukul 5 untuk membasuh botol² tersebut. Isteri masak untuk bekal anak, manakala saya membasuh botol² susu , kadang² basuh dengan mata separa tertutup..hehe.

4. Suami Kena Peka dengan Barang Dapur
Sebagai suami yang bijaksana, rasanya tak perlu sehingga dibagitahu dengan isteri barang-barang di dapur sudah habis, susu anak dah tinggal satu tin dan sebagainya. Kalau selalu ke dapur mesti akan perasan barang apa yang dah habis. Kalau yang lebih berdisiplin boleh buat nota kat peti ais barang apa yang perlu dibeli pada hujung minggu nanti(saya tak buat..haha).

Setakat ni sahaja dahulu, nanti akan disambung kemudian kerana tengah menyahut cabaran Denaihati. Cabaran apa? Boleh baca entri terbaru Denaihati di suami isteri bukan untuk dimiliki . Gambar² akan dimasukkan kemudian..hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post