Buat duit dengan program affiliate asing bagi saya sampailah saya hadir seminar buat duit dengan blog anjuran Denaihati Network. Tips-tips dan pengalaman buat duit dari program affiliate oleh panel dari Banting tu sangat-sangat bermanfaat.

Baru-baru ni saya mendaftarkan sebagai agen affiliate EQurban, syarikat yang menjalankan Korban dan Akikah di Kemboja. Saya cuba selitkan dalam entri contest duit raya dari denaihati. Dan rezeki dapat RM100 duit raya hasil entri tersebut. Tak sangka-sangka satu entri itu membawa kepada jualan seperti di bawah ni :

buat duit online, buat duit dengan blog, affiliate

buat duit dengan affiliate, buat duit dengan blog

Rezeki..rezeki..Alhamdulillah. Teruja sungguh dapat komisen tersebut walaupun tak sebanyak orang-orang lain..hehe. Ni kalau ikut tips merah jambu En Titan mesti boleh dapat lebih lagi ni..

Buat duit dengan affiliate boleh jadi mudah, boleh jadi susah atau boleh tak jadi apa-apa bergantung pada usaha dan rezeki. Lepas ni masa cuti sekolah sebelum terlibat dengan satu 'sindiket', boleh cuba program-program affiliate yang lain pulak..;)
Previous Post Next Post