Sebagai seorang cikgu, sudah semestinya jadual sekolah tahun 2014 ditunggu-tunggu. Senang sikit nak merancang percutian, sebab sebagai cikgu, waktu cuti sekolah lah baru boleh habiskan masa bercuti, itupun kalau tak terlibat dengan program cuti sekolah seperti kelas tambahan dan sebagainya. Nak merasa tiket seposen memang tak dapatlah masa cuti sekolah..hehe.

Dengan adanya takwim pesekolahan 2014 ini juga memudahkan lagi pentadbir² sekolah membuat perancangan tahun hadapan melalui takwim sekolah masing-masing seperti aktiviti-aktiviti sukan, mesyuarat dan sebagainya.


Bukan setakat untuk cikgu² je, jadual persekolahan 2014 juga memudahkan ibu bapa bukan guru merancang cuti masing, sama ada nak balik kampung, atau nak bercuti di mana-mana. Adanya jadual ni, dapatlah kita tahu cuti-cuti sekolah tahun hadapan.

KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu


KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


Untuk muat turun takwim sekolah 2014 boleh muat turun di SINI.

Dah ada jadual sekolah 2014 tu bolehlah buat perancangan apa-apa yang patut. Kena fikir ni nak jalan-jalan ke mana, anak-anak pun dah besar sikit agak senang lah pergi jalan-jalan..hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post