Iphone 5Shaklee?

Apa tu?

Rasanya Iphone 5S pun baru je dikeluarkan? Adakah Iphone 5Shaklee itu adalah produk terbaru apple? Teruskan dengan membaca..hehe


Entri kali ini berkisarkan review mengenai blog vitaminibu.com iaitu Pengedar Shaklee yang menjual Set Bersalin Shaklee dan juga superibu.com. Review saya tidak terlalu teknikal kerana secara teknikalnya saya masih belum mahir dengan blog wordpress self hosting.Hehe

1.Vitamin Ibu dot com.

Ia adalah satu blog pengedar suplemen Shaklee. Komen saya mengenai blog perniagaan online ini adalah :

Header
Oleh kerana blog ini menjual barangan shaklee, saya rasa bahagian header lebih menyerlah sekiranya meletakkan gambar-gambar produk shaklee, kerana mungkin ada yang masih tak tahu apakah yang dijual oleh shaklee. Jadi first impression bila orang tengok ' Oh ini rupanya yang dijual shaklee' . Jadi kemungkinan pengunjung blog akan singgah lebih lmaa untuk mengetahui produk² yang dijual.

Profail
Pengunjung blog vitamin ibu boleh membaca profail penulis di http://vitaminibu.com/about/. Kalau dibaca profailnya kita tahu pemilik kepada blog vitamin ibu adalah salah seorang penasihat penyusuan ibu yang mendapat latihan kepakaran dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC). Cadangan saya cuba letakkan gambar² berkaitan dengan seminar penyusuan ibu, lebih bagus kalau melibatkan penulis sendiri contohnya gambar ketika memberi seminar kepada peserta² seminar penyusuan ibu dan sebaga inya.

seminar penyusuan ibu
Contoh : Gambaran pemilik vitaminibu.com sedang memberi seminar    Sumber

Mungkin ia akan menguatkan lagi kredibiliti penulis dan juga Shaklee sebagai produk yang membantu penyusuan ibu.


2) Blog superibu.com

Blog ini pula merupakan blog peribadi pemilik blog bisness vitamin ibu tadi. Antara pandangan saya mengenai blog ini :

Kekerapan Update
Saya lihat jarang sekali blog ini diupdate. Contohnya di paparan muka hadapan kita dapat lihat hanya ada beberapa artikel untuk bulan mac sehingga oktober. Perlu banyakkan artikel terutama mengenai kesihatan dan pemakanan , ini kerana blog ini adalah berkisarkan kedua-duanya.

Header
BIla dibuka dengan google chrome saya dapat lihat blog ini kemas sahaja, tetapi apabila dilayari dengan firefox dan opera, saya dapati gambar headernya terlampau besar.

Header terlampau besar sekiranya dibuka dengan firefox, opera

Kotak komen
Entah kenapa, untuk menghantar komen agak sukar, seakan-akan tak lepas-lepas. Tapi bila disemak balik rupanya komen itu ada. Kadang-kadang tak muncul² selepas hantar komen, sebaliknya memakan masa yang lama untuk komen itu muncul. Berdasarakan komen² yang ada, saya dapati ramai yang mempunyai masalah yang serupa.

Itu antara pendapat-pendapat saya yang tak seberapa mengenai kedua-dua blog milik puan Siti Al'Izzah. Moga sedikit sebanyak membawa manfaat.

Shaklee Pilihan Ramai


Berbalik kepada cerita Shaklee, beberapa tahun kebelakangan ini banyak kemunculan makanan-makanan tambahan/suplemen yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Macam-macam syarikat dengan pelbagai jenis ubat-ubatan yang kebanyakannya dari sumber semulajadi sudah menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dan juga atas kesedaran ramai bahawa suplemen/ubatan dari sumber semulajadi adalah paling baik untuk kesihatan jangka masa panjang kerana ia tidak memberi kesan sampingan jangka masa panjang.

Dan antara yang paling popular sekarang adalah suplemen-suplemen dari Shaklee. Boleh dikatakan di newsfeed facebook saya ataupun wife, akan ada produk-produk Shaklee diiklankan dan juga banyak testimonial diberikan oleh rakan-rakan.

Kebetulan wife juga merupakan pengguna produk² Shaklee. Antaranya set menyusu dan set untuk kurus. Memang produk ini berkesan, sekejap je turun 4kg lepas raya puasa haritu. Ia juga membantu penyusuan Danish kerana sampai sekarang alhamdulillah Danish disusukan secara ekslusif oleh isteri.

ni isteri punya kecuali vitamin C tu anak punya..hehe

Iphone 5Shaklee?

haaa..Kebetulan contest anjuran superibu.com ini menawarkan Iphone 5S sebagai hadiah utama. So jadilah iphone 5Shaklee...haha..

Post a Comment

Previous Post Next Post