Baru-baru ni semasa tengah syoknya pandu kereta tiba² terkejut dengan bunyi meletup dalam kereta. Tengok kiri kanan belakang, tiada apa-apa yang berlaku. Lepas tu baru perasan cermin depan retak atau dalam bahasa mat salehnya crack.


crack jenis star

Ah sudah. Mulalah gelabah sebab inilah kali pertama cermin kereta kena batu. Nasib baiklah tak besar sangat. Hairan datang dari mana batu, padahal bukannya ikut lori pun.

Balik rumah terus telefon etiqa takaful, kerana saya memang ambil takaful untuk cermin depan kereta. Yang paling rungsing adalah risau kehilangan NCD(no claim discount)  sekiranya saya claim untuk baiki cermin tersebut. Lega dimaklumkan bahawa NCD tak terjejas lepas claim. Terus cari maklumat di google kat mana nak repair cermin kereta retak. Antara yang paling popular adalah dr cermin.

semak dulu ada tak pengendali insurans/takaful anda di kedai yang dikunjungi



Alat² dan bahan yang digunakan


selepas selesai

Retak itu tidak akan hilang 100% tapi akan berkuranglah, cuba bandingkan dengan gambar yang pertama. Walaupun makin kecil, tetap tak seronok tengok ada kesan kat cermin tu..hehe. Nak buat macam mana, ini ketentuan Tuhan. ;).

Kenapa Perlu Baiki?
Kalau tidak dibaiki, kemungkinan retak itu makin membesar seterusnya cermin kereta mungkin pecah.

Kos baik pulih cermin
Kalau di kedai yang saya buat ini, kosnya RM80 sekiranya tidak buat tuntutan insurans/takaful. Sekiranya buat tuntutan, kos menjadi RM150, katanya untuk kos tambahan seperti runner dan setem².

Ada sesetengah orang tak nak ambil insurans/takaful perlindungan cermin kerana mahal. Dulu masa saya pakai kereta sedan, insuranskan RM600, bayar RM60. Sekarang pakai kereta lain, insuranskan RM1400 bayar RM210. Ya memang agak mahal,tetapi kalau sekali kena sampai kena keluar beribu-ribu naya jugak. Bila ambik takaful, secara tak langsung kita dah membantu mewujudkan tabung untuk membantu satu sama lain.

Apa itu Takaful?


Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu. sumber

Kalau tak kena musibah alhamdulillah, kalau nasib tak berapa baik sekurangnya duit kita tak habis banyak. Terpulang pada citarasa masing-masing..hehe.

5 Comments

  1. Salam...sesiapa yg ada pengalaman ganti cermin sisi belakang estima yg takleh buka tu???

    ReplyDelete
  2. Salam...sesiapa yg ada pengalaman ganti cermin sisi belakang estima yg takleh buka tu???

    ReplyDelete
  3. salam kenal cik gu .......... (h)

    ReplyDelete
  4. wah baru jumpa ni....cermin depan kereta suami dah berapa tahun retak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post