Kita kembali dengan episod seterusnya dalam siri Jadi Cikgu Ni Mudah. Sesiapa yang nak baca pengalaman saya membuat kerja-kerja seperti mengecat, kontraktor sila baca di SINI.
Kali ini saya nak menceritakan pula bidang tugas berikutnya dalam perguruan, iaitu jurugambar. Sekarang saya ditugaskan untuk mengambil gambar-gambar untuk dimuatkan dalam Majalah sekolah edisi 2013. Antaranya gambar kelas, kelab persatuan, sukan dan permainan dan macam-macam lagi.
![]() |
Antara gambar² kelas yang ada |
Kenapa tak ambil jurugambar luar?
Rata-rata guru² dan murid² bising dengan kualiti gambar² yang diambil jurugambar luar tahun lepas. Dahla tidak berkualiti, gambar pula dijual mahal. Tak silap saya gambar saiz 4R pun dijual pada harga RM2.20. Melampau betul harganya. Jadi pentadbir meminta saya cuba ambil untuk tahun ini. Dan saya mula terfikirkan boleh buat $$$$$ ni..hehe.
Mencabar jugalah nak siapkan kerja ni, dengan nak masuk kelas lagi, nak buat kerja lain lagi. Lepas tangkap kena buat post-editing dulu, maklumlah pakai kamera murah.
Paling mencabar adalah nak ambil gambar Pengawas dan guru-guru kerana jumlahnya melebihi 80 orang. Sudah tetntu ia memerlukan widelens yang mana saya belum mampu untuk milikinya..hehe..Apa-apa pun harap² semua gambar menjadi lah.

tak ada widelens, pakai je panorama mode smartphone..hehe |