Ini adalah kali kedua masuk contest Denaihati. ;). Kali ni hadiah yang ditawarkan adalah Ultrabook Toshiba Portege Z830. Wow!! Saya mengenali ultrabook melalui blog Denaihati sebagaimana saya mengenali twithandle dan juga smartphone melalui contest gajet impian.
Maklumat lanjut mengenai contest hebat ini sila klik http://denaihati.com/projek-review-ultrabook-toshiba
Ok.Saya mulakan.
Kata-kata keramat cikgu Biologi saya, Puan Zaiton 12 tahun dahulu , dari nama memberi makna. Kalau tak faham kenapa namanya sebegitu, susahla nak faham secara keseluruhan tentang sesuatu yang kita nak kaji tu.
Jadi kita cuba dulu memahami apa maksud ultra.
kata kunci popular yang bermula dengan perkataan 'ultra'. Ultrabook di tempat ketiga.
Ini adalah maksud ultra yang saya dapat melalui google.
1. adjective
going beyond what is usual or ordinary; excessive; extreme.
sumberMenjangkaui apa yang biasa, atau secara mudahnya luar biasa la kan? hehe. Jom kita tengok contoh-contoh ultra yang ada.
Ultraman
Manusia luar biasa konon-kononnya, ciptaan Jepun. Yang pandai karate, dan boleh keluarkan laser dari tangan dan mata. Tapi malangnya boleh tahan beberapa minit sahaja dengan atmosfera bumi, penunjuknya adalah lampu kat dada tu yang berkelip-kelip. Oh, nostalgik sungguh. hehe
Ultras malaya
Tiada kuasa macam Ultraman. Tetapi merekalah tulang belakang pasukan bola sepak Malaysia, memberi sokongan walaupun pasukan kita dibelasah teruk seperti perlawanan melawan Jepun baru-baru ni. Mereka bukan seperti sesetengah penyokong yang menyokong ketika gagah, mengeji ketika terkulai. jadi mereka juga adalah luar biasa atau bahasa canggihnya ultra.
Dah nampak sikit-sikit bukan makna ultra secara umum kan? Sekarang kita pergi lagi khusus, meneliti keluarbiasaan Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini. Sebelum itu kita kena tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan ultrabook.
Apakah itu ultrabook?
Ini adalah petikan dari http://enggweekly.wordpress.com/2012/01/28/what-is-exactly-meaning-of-ultrabook/
An Ultrabook is a higher-end type of subnotebook defined by Intel.
Ultrabooks are a new category of notebook computers that seeks to fill the gap between lightweight laptops and tablets. Intel dubbed the ultrabook category when it announced it would be directing its mobile computing efforts towards a new class of laptops that would offer an extremely thin (less than 20 millimeters, or 0.8 inches) and lightweight profile to go along with high-powered, low voltage processors in the Sandy Bridge or Ivy Bridge families, long battery life, near instant-on and instant-resume capabilities, and fast storage, typically via solid state disk drives (SSDs), all in a sub $1,000 package.
Kalau kita baca petikan di atas, antara key utama ultrabook adalah sangat nipis, sangat ringan, sangat berkuasa, laju, dan bateri tahan lama. Sebab itu dinamakan ULTRA. Di luar jangkauan laptop-laptop biasa yang kebanyakannya tebal, berat dan bateri tak lama seperti Toshiba Satellite L510 yang saya pakai sekarang.
Jadi kenapa memilih Ultrabook Toshiba Portege Z830?
Jawapannya mudah sahaja.
Toshiba Sentiasa Di Depan Dalam Inovasi
DAN
Ultrabook Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia. Boleh rujuk carta perbandingan antara ultrabook Lenovo U300e, Acer Aspire Timeline Ultra, Acer Aspire S5, Dell XPS 13, HP Envy 14 Spectre, Samsung Series 9 (2012), Sony Vaio Z, Samsung Series 5 Ultra, LG Xnote Z330 , HP Envy, Apple MacBook Pro , HP Folio 13, Samsung Series 9 11.6"(NP900X1A-A01US), ASUS Zenbook UX31 Apple MacBook Air 13, Apple MacBook Air 11.6, Samsung Series 9 13.3 inch, ASUS Zenbook UX21, Acer Aspire S3,Lenovo U300s dan Toshiba Portege Z830 di http://www.ultrabooksworld.com/all-ultrabooks.php .
Jom kita teliti satu demi satu spesifikasi ULTRAbook Toshiba Portege Z830 ni.
Ultra Ringan
Saya pakai sekarang Toshiba Satellite L510 seberat 2.2 kg. Kadang-kadang kalau ke sekolah naik motor mau menggelebeh bahu galas laptop seberat itu. Tetapi berat Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini hanyalah 1.12 kg sahaja. Sangat ringan, kalau galas mungkin hampir tak terasa bebannya.
Ultra Nipis
Laptop yang saya pakai sekarang rasanya 5kali ganda tebalnya berbanding Ultrabook Toshiba Portege Z830 yang hanya mempunyai ketebalan 15.9mm sahaja!. Boleh disumbat dalam hanbag je kalau perempuan..hehe. Walaupun nipis tetapi skrinnya 13 inci, sangat sesuai untuk buat kerja atau lihat movie di kala bosan.
Ultra Pantas
Ada review (video di bawah sekali) menunjukkan masa yang diambil untuk dihidupkan dari keadaan OFF hanya 27 saat dan 2 saat sekiranya dalam keadaan 'sleepmode' manakala 13 saat dalam 'hibernate mode'. Fuh. Kalau laptop biasa, nak-nak yang dah banyak program, boleh makan nasi sementara tunggu laptop dihidupkan (melampau)
Ultra Berkuasa Untuk Urusan Kerja dan Berhibur
Dikuasakan oleh processor generasi kedua Intel® Core™ dan ultra-fast solid state drives (SSDs), PORTÉGÉ Z830 boleh dihidupkan kembali dari mode sleep sepantas 2 saat untuk memberikan persembahan yang menakjubkan untuk membuat pelbagai kerja dan berhibur.
Ditambah pula dengan sistem audionya pula sangat jelas walaupun dalam persekitaran yang bising dengan Toshiba Audio Enhancement. Mesti syok layan Cinta Muka Buku kat youtube..eh..eh.
Kalau dapat ni lagi best edit gambar menggunakan software adobe photoshop, lightroom atau lain-lain yang mana kalau di kebanyakan laptop ia sedikit akan melambatkan, tetapi tidak dengan PORTÉGÉ Z830
Kalau dapat ni lagi best edit gambar menggunakan software adobe photoshop, lightroom atau lain-lain yang mana kalau di kebanyakan laptop ia sedikit akan melambatkan, tetapi tidak dengan PORTÉGÉ Z830
Ultra Tahan Lama
Baterinya boleh tahan sehingga 8 jam. Fuh. Kalau orang kerja pejabat tak payah bawak soket dah kalau nak bawa Ultrabook Toshiba Portege Z830 ke pejabat untuk buat kerja. Mana tahu bosan dengan PC/Laptop pejabat, nak bawa ultrabook Toshiba baru bersemangat buat kerja..hehe.
Ultra Safe
1. Body Ultrabook Toshiba Portege Z830 diperbuat dari bahan aloi magnesium. Sesiapa yang masih ingat bab 10 subjek Sains tingkatan empat muka surat 236 dalam buku teks? Antara kegunaan aloi adalah menjadikan sesuatu bahan itu lebih menarik dan lebih lasak. Sebab itulah Ultrabook Toshiba Portege Z830 sangat menarik dan tahan lasak.
2. Easyguard dari Toshiba menjadikan ultabook ini tahan sekiranya terjatuh, tahan tekanan dan keyboardnya kalis air. Jadi tak payah risau semasa anda sedang bergaya dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830 di Starbuck, tiba-tiba pelayan tersadung kaki dan tumpahlah air kopi Starbuck yang mahal tu kat atas keyboard anda. Tak perlu saman beliau kerana InsyaAllah semuanya ok dengan easyguard. ;p
3. Backlit keyboard, memastikan anda selamat menaip dalam gelap. Selamat macam mana tu? Mestila selamat dari melakukan typo apabila menaip contohnya bila lampu blackout atau anda terpaksa tutup semua lampu rumah sebab anak nak tidur.
Backlit keyboard sumber
Kalau tiada ciri-ciri backlit keyboard jadi macam kat bawah ni lah.
Menggagau dalam gelap mencari huruf di keyboard. Sampai tersalah eja Denaihati, jangan marah..heee
Ultra lengkap
PORTÉGÉ Z830 adalah satu-satunya Ultrabook™ yang menyediakan kepelbagaian port seperti USB 3.0, HDMI, VGA, Ethernet LAN, SD Card dan Kensington slot, menjadikan ia pilihan yang sangat praktikal untuk bekerja di mana-mana sahaja, bila-bila masa tanpa memerlukan port adaptors tambahan.
Video di bawah ini pula satu review yang dilakukan oleh pakar IT dan beliau memberi markah 4/5 untuk Ultrabook Toshiba Portege Z830 .
Dan saya mahu share satu video yang menarik ni. Bagaimana mat saleh tu membuat 'prank' menggunakan Toshiba Ultrabook yang ringan dan nipis tu. Sampaikan mangsa-mangsa tak perasan dalam beg mereka telah diletakkan secara diam-dian Ultrabook toshiba Portege. Ini membuktikan Ultrabook toshiba Portege adalah sangat NIPIS dan RINGAN!!!
KESIMPULAN
Dengan spesifikasi yang sangat ultra itu, rasanya padanlah dengan harganya. Ada 2 variasi iaitu intel core i7 bersama Windows 7 Professional dengan harga RM4799, manakala intel core i5 bersama Window 7 Home Premium dengan harga RM3999.
“Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel Malaysia, Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Alansarproperties.com, Kedai Kak Siti, azri.my , Apesal.com dan Jerungperkasa.com“
P/S : Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan entri ini. Nasib baik 2 hari ni laptop Toshiba Satellite L510 yang ada masalah seperti yang saya ceritakan dalam entri Kenapa Tak Boleh Update Blog itu agak ok. Tiada masalah restart berulang-ulang. Jadi sempatlah buat pembacaan dan mengarang hari ni.
Dan alangkah bahagianya kalau Ultrabook Toshiba Portege Z830 boleh menjadi pengganti kepada Toshiba Satellite L510. Kesian dia dah 3 tahun buat kerja berat..hehe.
Kawan-kawan boleh bantu saya dengan komen,Retweet ,Google +1 dan juga FBLike entri ni, mudah-mudahan Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini jadi rezeki saya. ;)
Dan alangkah bahagianya kalau Ultrabook Toshiba Portege Z830 boleh menjadi pengganti kepada Toshiba Satellite L510. Kesian dia dah 3 tahun buat kerja berat..hehe.
Kawan-kawan boleh bantu saya dengan komen,Retweet ,Google +1 dan juga FBLike entri ni, mudah-mudahan Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini jadi rezeki saya. ;)
NOTA : Sedihnya bilangan FB like dan retweet hilang selepas tukar domain.
Post a Comment