Selain daripada kesibukan tugas harian di sekolah, ini adalah penyebab utama mood blogging ke laut Mediterranean.
Setelah berkali-kali format (kot-kot masalah software), macam tu jugak. Jadi satu-satunya penyebab utama laptop yang ada ni menunjukkan masalah ini adalah kerosakan hardisk. Masa tengah pakai setiap 2-3 minit akan restart, mana tak terbantut nak menaip entri, ini pun gagah juga menaip dengan sabarnya. Tunggu je setiap kali laptop restart balik.
Laptop toshiba satellite ini masih ada lagi baki warranty selama 3 tahun, jadi selamatlah boleh claim warranty. Cuma kena cari jalan macam mana nak buat kerja dan juga online sekiranya laptop ini 2-3 minggu kena hantar untuk dibaiki (biasalah prosedur claim dan baiki makan masa). Alamatnya guna E72 saja lah..hehe
Wah kasihan. Tidak bisa ngeblog lagi kalau kayak gitu.
ReplyDeletePost a Comment