Bermula 27 Mei hinggalah 29 Mei ni, satu acara besar akan berlangsung di Putrajaya iaitu Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia 2011. Saya rasa setakat ni, acara Himpunan Sejuta Belia ini adalah acara yang terbesar yang pernah(akan) disambut di Putrajaya ni. Dah banyak jalan ditutup untuk persiapan. Khemah² juga dah banyak didirikan.
Beratus acara akan diadakan. Maklumat lengkap untuk acara² yang ada nanti ada di sini (klik dan boleh save as PDF). Bawah ni pulak ringkasan acara² yang ada nanti.
Ringkasan acara
Ura² mengatakan ada pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia nanti yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri (+sumber). Apakah berita baik yang akan diterima oleh belia² negara?
Anda boleh mendaftar secara rasmi untuk Himpunan Sejuta Belia 2011 di http://www.haribelianegara.org.my/?page_id=409. Saya adalah belia yang ke 7201. Wah. Tak sampai 10 ribu pun lagi, macam mana nak capai sejuta ni?
Dan sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 ni jugaklah saya kena menjadi guru pengiring unit uniform pengakap sekolah kerana ada perkhemahan di sana nanti. 3 hari 2 malam pulak tu.Macam mana nak join acara yang macam² tu nanti ye?????
Post a Comment