Dua kali berturut² menang. Tapi di sekolah yang berbeza. Tahun lepas di sekolah yang lama dan pada tahun ni dapat di sekolah yang baru. Anugerah apakah itu? Anugerah Perkhidmatan Cemerlangkah?hehe. Inilah anugerahnya,
auwww..anggun ke? bukan unggun?
Kalau tahun lepas, menang di sekolah lama. Boleh baca di sini (sila klik). Kali ni dapat hamper yang hampir sama tinggi dengan Darwisy..hehe.
Bab bergambar memang minat. Lepas gambarnya diambil, sibuk nak tengok pulak tu..;)
Sebenarnya tahun ni tema hari guru di sekolah adalah gold/coklat. Oleh sebab kedua² warna tu tiada dalam koleksi, saya hentam saja baju warna hijau dipadankan dengan tali leher hijau. Tak sangka menang jugak walaupun tak ikut tema..hehe.
Kak Mala : Hang tak patut menang ar. Tak ikut tema. Macam mana boleh menang!
Saya : Saya saja tak ikut tema, takut menang kalau ikut tema. Mana tahu menang jugak. ;p
Kata² angkuh saya hampir menyebabkan buku setebal 321 muka surat hinggap di kepala. Lain kali jangan buat lawak dengan Ketua Guru Disiplin.
Sebenarnya saya ada image consultant, sila ke entri ini untuk mengetahui siapakah beliau.
Sebenarnya saya ada image consultant, sila ke entri ini untuk mengetahui siapakah beliau.
tiba² disuruh mengetuai bacaan ikrar Hari Guru
Belum ada lagi cerita sambutan hari guru sebab gambar² tengah dikumpulkan. Gambar² DSLR pulak tu daripada pelajar². Canggih pelajar sekarang, tingkatan 2 pun dah ada DSLR..fuhh.
Post a Comment