Ada seorang hamba Allah, si A ini adalah perokok tegar. Ada pula kawannya si B, peniaga MLM yang disahkan halal oleh pihak berwajib, dan mempunyai 9 panel syariah yang memantau. Syarikat tu menjual produk² herba yang antaranya dah terbukti banyak memulihkan masalah ketagihan merokok.
Oleh kerana kasihankan mengenangkan kawannya itu, terbayangkan penyakit² berbahaya yang mungkin hinggap di tubuh si A, ada yang boleh menyebabkan kematian, si B tampil membantu.
B : Assalamualaikum sahabat.
A : Waalaikumussalam. Ada apa. ( sambil menghembuskan asap rokok dalam bentuk bunga ros)
B : Ko tak nak cuba berhenti merokok ke? Bahaya tu.
A : Ala. Sikit² je aku hisap, sekotak sehari je, bukannya 18 kotak sehari.
B : Sekotak sehari, lama² hitam peparu ko.
dipendekkan cerita ( padahal malas + takde idea nak buat dialog panjang² )
B : Ko cubalah produk ni, aku bagi try sekotak.
A : (sambil tengok nama syarikat) Arghhh..MLM..Haram.. Mengkayakan orang atas saja. Aku dah baca blog kawan tu, banyak fakta² pasal semua MLM ni haram. Best baca blog tu walaupun beliau berbahasa kesat.
B : Aku nak suruh cuba produk. Bukan suruh masuk skim piramid ke, MLM ke. Aku kesian kat ko. Aku tak jual pun, nak bagi free.
A : Arghhhhhhhhhh. Haram!!! Ada ayat AlQuran menyebut, haram menindas orang lain untuk dapatkan keuntungan
Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)
Adakah merokok tu menyihatkan?
Saya kadangkala nak tergelak bila tengok si perokok berbahas hukum halal haram sambil menghisap rokok.
Pathetic ( wah, speaking nampak cikgu )
Nota Ringkas : Maaf kepada kawan² yang merokok. Cerita rekaan spontan semata.
Post a Comment