Gambar² di bawah memang saya tidak sensorkan kecuali nama, untuk gambaran sebenar.
Risiko menjadi guru disiplin, dicerca oleh murid
Itulah hasil² seni anak² Melayu kita di sekolah Melayu yang baru masuk tahun kedua beroperasi pada tahun ni. Melayu ye, walaupun ada perkataan carut dalam bahasa Cina tu.
Itu adalah bangunan yang baru dibuka tahun ni, sebab tahun lepas pelajar yang masuk tak ramai lagi. Dan pelajar² yang ditempatkan kat situ adalah pelajar² Ting. 1 dan 2.Macam mana nanti bila di tingkatan 4, 5?
struktur macam ni menyenangkan lagi pelajar² membuat kerja² vandalisma kerana tidak dapat dipantau dari jauh
Walaupun begitu, masih ramai yang mengekalkan adab sopan dengan guru. Masih ada yang menuturkan salam dengan muka senyuman seindah suria pagi menerangi sekalian alam ( tiba² bersastera pulak cikgu matematik ni ).
Dan, sudah lama saya tidak lihat pelajaran dimulakan dengan doa. Teringat zaman belajar dulu² lah pulak..hehe. Dalam kelas Matematik Tambahan, pelajar² lelakinya akan bersalam dan cium tangan dengan saya selepas tamatnya mata pelajaran.
Sekolah Melayu, sekolah pelbagai Bangsa ada cabarannya tersendiri kan?
Pelbagai bangsa di sekolah lama
Post a Comment