Beberapa hari yang lepas masuk ke kelas tingkatan 1B untuk kali pertama. Dah lama tak mengajar pelajar² tingkatan 1, jadi kena sesuaikan dirilah dengan peringkat mereka yang masih macam di sekolah rendah tu..;)
Macam biasa, sesi perkenalan secara ringkas. Mula² goreng² pasal Matematik dalam kehidupan, alhamdulillah, semuanya berminat dengan bebelan berilmiah cikgu n@m@n ni..keh keh keh. Sekurang²nya mereka tahu mereka menggunakan Matematik setiap hari, bukan setakat dalam kelas.
Lepas tu baru teringat belum tanya nama sorang² lagi. Jadi saya buatlah sesi suai kenal, tanya nama dan tempat tinggal je, sementara menunggu pengumuman perjumpaan Rumah Sukan.
Memang canggih² nama pelajar² sekarang, tergeliat lidah nak menyebutnya..hehe. Bila sampai ke orang kedua terakhir.
SN : Nama saya Siti Nurhaliza.
Tercengang! Macam salah dengar je.
Saya : Siti Nurhaliza ke cikgu silap dengar? (sambil pergi ke arah beliau)
SN : Siti Nurhaliza cikgu.
Saya pun tengok nama di buku tulis. Wah!! Betul la.
Saya : Awak lahir tahun berapa?
SN : 1998 cikgu.
Patutlah. Zaman kegemilangan Tok Ti kan masa tu?
Saya : Mak awak minat dengan Siti Nurhaliza ke?
SN : Bukan. Ayah saya yang minat.
Lagilah tercengang. Alahai. Si bapak rupanya. Hehe..
Maafla ye. Jakun, tak pernah jumpa pelajar nama macam ni. Setakat nama M. Nasir tu pernah la..hehe
Agak² nanti ada tak pelajar nama Fasha Sandha????
Agak² nanti ada tak pelajar nama Fasha Sandha????
P/S :
Nak menangi cash, gajet² menarik seperti Ipad, laptop, atau Iphone? Peluangnya ada di bawah. Sila klik gambar di bawah ni. Mana tahu ada rezeki anda.
Post a Comment