Cuci gambar passport 32 keping RM7?? Sila klik sini
Tugas² cikgu sekolah termasuklah juga menyaman pelajar² yang melanggar disiplin. Contoh surat saman ada di bawah, iaitu saman kepada Ana Rafali.
Bila mengimbas balik zaman saya belajar dulu², tidak ada pun sistem saman menyaman kat sekolah. Tiada sistem yang canggih² seperti sekarang dalam menguruskan disiplin sekolah.
Kalau dulu penampar, rotan tu adalah salah satu kaedah mendidik. Dan saya percaya ramai yang berjaya disebabkan sistem dulu². Sekarang, semuanya disekat, sentuh sikit, see u in the court, walaupun hanya disebabkan 'ekor rempit' rambut anak digunting. Tapi sekarang, sistem pengurusan disiplin yang canggih², ceramah², pameran² seakan tidak berkesan langsung pun. Kenapa ya?
Adakah disebabkan makanan yang kita makan bercampur khin***?
Adakah silap sistem pendidikan sekarang? Dulu Kementerian Pendidikan, pelajar dididik, sekarang Kementerian Pelajaran, pelajar ke sekolah hanya untuk belajar.
Adakah sila ibu bapa terlalu memanjakan anak?
Yang pasti, gurulah yang acapkali menjadi 'kambing hitam'.
Nota Ringkas : Masih ingat lagi pelempang Sir Haji Daniel. Kena sekali, bintang² bekerlipan.
Post a Comment