Hari Sabtu
Sekolah ganti dan masa tu diadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Makan..makan..makan.
Habis sekolah pukul 12.30, gerak ke KL untuk satu peperiksaan. 6.30 pagi keluar, 8 malam baru balik ke rumah.
Ahad
Masa menaip ni perut masih kekenyangan selepas menghadiri satu kenduri dan 2 rumah terbuka.Hari ni keluar pukul 11 pagi balik pukul 8 malam. Penat tak ingat!
Destinasi pertama ialah rumah Ateh di Klang. Berlangsungnya majlis perkahwinan anak perempuan Ateh yang bernama Yana.
sempat mencuri sebarang dua tembakan.
Ruang² di perut sudah mula dipenuhi dengan objek² yang memang sudah dikenali oleh sistem percernaan.
Usai sudah di rumah Ateh, bergerak ke depan sikit dalam mukim yang sama. Singgah di rumah cikgu kimia sekolah.
Mengajar Kimia ye, bukan ustaz
Kebetulan ada pulak student² yang tiba² menjadi pemalu dan sopan santun.
Kata seorang abang kat situ, bersiap berjam, tetapi malu diambil gambar ;p
Darwisy pula tiba² berminat dengan teddy bear.
Ruang² di perut terus dipenuhkan dengan rezeki Allah. Masih mampu ke untuk makan? Jadi lokasi berikutnya ke Jusco Bukit Tinggi, bertujuan mengosongkan perut dan mengosongkan poket sebelum makan lagi.

eskalator pun nak ambil gambar
Lokasi keempat, jam 5 petang adalah rumah Ustazah dan suami, penolong kanan kokurikulum. Tanah satu ekar didiami oleh 5 anak beranak kalau tak silap. Fuh. Tak pernah tengok 5 orang adik beradik menjadi jiran sebelah menyebelah.
Siap dirikan khemah di tengah².
ohhhh..Balik rumah dengan kepenatan dan kekenyangan. Tak dapat lah nak memenuhi undangan rumah terbuka yang ketiga untuk hari Ahad a.k.a acara makan² lagi di apartmen sendiri.
Mujurlah ada Losyen Pati Halia Mustajab..hahaha. Boleh membakar lemak² yang terkumpul sejak raya bermula.
Mujurlah ada Losyen Pati Halia Mustajab..hahaha. Boleh membakar lemak² yang terkumpul sejak raya bermula.
Nota Ringkas : Hujung minggu di bulan Syawal tak payah memasak la kan?

Post a Comment