''Cikgu, kenapa tak approve² lagi saya kat Facebook?''
'' Cikgu mana ada Facebook!''
'' Tu yang ada gambar cikgu tu?''
'' Tu facebook Brad Pitt lah!''
Berlalu sambil menggeleng²kan kepalanya, menyampah dengan jawapan cikgunya barangkali..hehe
siap mesej suruh approve.hoho
Masih ada lagi 74 friends request yang kena ditapis termasuklah Azizah Wan Ismail ;0. Bukan boleh main approve sebarangan di zaman 'kejahatan' di ibu jari ni. Paling selamat tak payah ada FB, kalau nak ada jugak kena jaga². Susah jugak kan?
Melalui FB, sedikit sebanyak tahu perangai sebenar budak². Setakat mencarut antara lelaki dan perempuan seakan benda biasa nampaknya sekarang ni. Globalisasi kah?
Melalui FB, sedikit sebanyak tahu perangai sebenar budak². Setakat mencarut antara lelaki dan perempuan seakan benda biasa nampaknya sekarang ni. Globalisasi kah?
Hari ni dalam News Strait Times kalau tak silap, Mark Zuckerberg nak menderma lebih kurang 100millions. Sila baca Zuckerberg unveils 100 million dollar school gift. Siapakah yang telah mengkayakan beliau??
Nota Ringkas :Teknologi boleh menyenangkan, juga boleh menyusahkan..kan..kan..kan?
Post a Comment