Hampir 2minggu blog dibiarkan sepi (hampir lupa ada blog..eceh). Bila dah buka seperti biasa, akaun nuffnang mestilah dibuka sama..hoho. Tengok trafik di minggu raya agak tinggi walaupun tak ada entri. Heran. Terus tengok keywords.
aikk..Kenapa tiba² cicak tokek menjadi popular? Sepanjang minggu raya ada cerita menggemparkan mengenai tokek ke? Tiba² je cicak tokek yang mahal itu popular di hari raya.
Cuba mencari info mengenai cicak tokek atau bahasa Inggerisnya tucktoo. Macam² cerita ada. Antaranya ;
Hempedu tokek ini mampu untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk HIV/AIDS . Tokek yang sudah mati tidak lagi bernilai dan hanya tokek yang hidup sahaja yang akan dijual atau dibeli.
Mulut Tokek akan menganga sekiranya didekati dan berwaspada kerana ia mungkin akan mengigit anda dan sekiranya digigit dipercayai anda hanya menunggu petir berbunyi barulah tokek akan melepaskan gigitan tersebut. Kaedah tradisional , sekiranya jari anda digigit , jangan panik ambil sedikit cuka dan titiskan dimulutnya dan pasti tokek akan melepaskan gigitan.
sumber di siniYang paling agak tidak masuk akal adalah cerita dalam kosmo online 8 may 2010 mengenai cicak tokek gergasi.
Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo
NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.
“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

sekali tengok macam superimpose. Anda rasa?
++sesiapa tahu mengenai cicak tokek bolehla kongsi² ye++
Nota Ringkas : Jom ramai² bela cicak tokek..hehe.
Post a Comment