Orang lain dah berkurun letak gambar raya. Ni baru terhegeh² nak letak..hehe.. Kali ini berpeluang mengambil gambar studio yang sangat murah. Antara dua gambar tersebut adalah ;


Nak tahu di mana studio tersebut???
Mana lagi kalau bukan dalam rumah sendiri..haha.. Kalau dekat studio takkanlah sofa yang agak tidak menarik tu dijadikan props kan?hehe. Terima kasih kepada encik tripod yang berpeluh² mengambil gambar dengan kamera yang disetkan 'timer' ;p.
Selepas tengok gambar² di kampung, sangat² tidak puas hati sebab gambar kurang menjadi disebabkan lokasi dan susun atur yang berterabur. Sebab tu bila balik Putrajaya terus ambil gambar lagi sekali..hehe. Gambar² raya di bawah ini diambil di kampung, pasir puteh, kelate.
Cadang nak ambil gambar di pondok klasik di bawah ni, tapi hujan renyai² pulak. Last² depan rumah je la, kalau dalam rumah cahaya tak cukup pulak.
kami panggil wakaf, dah wujud berpuluh² tahun

gambar seluruh keluarga yang berterabur..hehe..Tak ingat siapa yang susun ni ;p

Darwisy yang tengah mengantuk, lepas bergambar terus tidur

Abang Mie sekeluarga..merahnya sedondon woo!

kak ayu sekeluarga
Jadi sesiapa yang nak mengambil gambar studio, bolehlah datang ke sini. Hanya RM10 sekeping gambar..hahahahahha.
Post a Comment