salam..


Tiba² keinginan berblog hilang entah ke mana.

Jumaat petang yang lepas balik ke Kulim, Kedah. Wan dan Atok buat kenduri sempena kedatangan bulan puasa. Berada di sana sampai tengahari Ahad. Jadi tentulah kat kampung tiada kemudahan internet.

Sebelum ini banyak terbaca entri² blogger²/blogger tegar mengenai perasaan mereka bila tak boleh 'online'/berblog. Antaranya :

  • perasaan tak senang sebab tak boleh mengadap blog
  • Rasa nak demam sebab rindukan dunia 'online
  • Tak boleh tidur, teringatkan blog
  • Kalau tidur termimpi²kan blog
  • Cuba panjat bumbung rumah di kampung mencari signal broadband atau lebih dikenali sebagai 'berukben', walhal kat kampung memang tiada signal


Oleh sebab walaupun tidak mengadap internet sepanjang lebih kurang 3 hari, simptom² di atas tidak dirasai oleh chekgu..hoho. Jadi ternyatalah chekgu bukanlah seorang blogger tegar, blogger sampah lagila bukan.haha

Tiba² teringat lagu Tegar oleh Rossa


Lirik Lagu Tegar oleh Rossa

Tergoda aku 'tuk berfikir
Dia yang tercinta
Mengapa t'lah lama tak nampak
Dirimu disini
Jangankan ingin ku tersenyum
Tak ada gairah
Kuingin s'lalu bersamamu

Kini ku resah...
Diriku lemah tanpamu
Oh... oh...

Gapai semua jemariku
Rangkul aku dalam bahagiamu
Kuingin bersama berdua selamanya
Jika kubuka mata ini
Kuingin s'lalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini
Bersamamu... Aku tegar...

Aku tegar

Sesi soaljawab :Anda macam mana? Ada simptom² seperti diatas? Atau ada nak tambah simptom²nya?

Nota Ringkas : Komen² yang sedikit tu pun tak berjawab lagi

Entri sebelum ini

24 Comments

  1. haha sy sikit pon takde simpton2 tu...terbukti la sy berblog hanya sekadar mengisi masa lapang...

    ReplyDelete
  2. Samalah.....ckLah pun dah tak rasa simptom2 tu.Tengok blog xiiinam yang gelap tu pun dah rasa menyampah. He..he..

    Tambah2 dah dekat Ramadhan ni...

    ....banya tuntutan lain...kertas percubaan SPM, dan nak juga bertadarus bersama kawan-kawan untuk turut berkhatam Quran di hujungnya nanti, kan!

    ReplyDelete
  3. ku juga bukan blogger tegar.. :D

    ReplyDelete
  4. over doh tu simptoms seperti di atas tuh kekekke mujo la umoh mom k.eli ado line.buke setakat ado line, ado streamyx lagi haahahha so xde istilah "perasaan tak senang sebab tak boleh mengadap blog" :P

    ReplyDelete
  5. samalaa sini. belum sampai tahap tegar lagi ni..^_^'

    ReplyDelete
  6. selagi tidak menyara hidup dengan pendapatan dari sumber blog, maknanya kita semua masih dalam kategori amateur blogger hahaha

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Berblog kalau kena gaya boleh datangkan hasil lumayan..

    ReplyDelete
  8. hahaha....tak tegar erkk..

    biasalah kalau balik kg....ader lagi keje penting yg perlu diselesaikan drp blog kan...

    ReplyDelete
  9. saya pun manyak sibok lo...tegar ke atau tidak...sendiri fikir lah ! rasa nak tulis n3 - tulis lah....ni tengah rajin le...akak nak mintak tolong awak sembelih lembu !!! lembu yang cantik telah diletakkan kat AGK...jom tolong sembelih...

    ReplyDelete
  10. @cik panadol

    kalau ada simptoms² tu bolehla telan panadol..hehe

    ReplyDelete
  11. @ckLah@xiiinam

    terlalu banyak tuntutan..sampai tak terkejar kan ckLah?

    ReplyDelete
  12. @e.l.i.z.@

    mok k.eli main FB jugok ko?ekeke..tapi kalau pakai streamyx kat kg kejap jah kabel keno curi

    ReplyDelete
  13. @ahmad humairi

    kalau mood tengah malas, takdelah entri kan?

    ReplyDelete
  14. @LIPISLADY

    betul..tapi elok jangan mengharapkan pulangan sangat kan?hanya untuk kepuasan

    ReplyDelete
  15. @sonata anak kancil

    tak pernah ambil kursus penyembelihan lembu lagi ni..guano? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post