(nak jugak update!! Keerja banyak lagi)
Nasihat-Sila sediakan beg plastik di sisi anda
Sebelum ni tersentap dengan FB seperti dalam entri Facebook, Yahudi dan Palestin. tetapi setelah membaca tulisan Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Noramin mengenai status penggunaan FB, terus kembali separa aktif FB chekgu itu..hehe
Ada satu 'page' yang ditubuhkan untuk komuniti kuarters yang diduduki chekgu sekarang. Di sinilah penghuni² blok mengenali sebahagian daripada jiran² mereka. Bagus kan? Maklumlah, biasanya duduk di bandar macam ni, susah nak bermasyarakat. Tapi dengan adanya teknologi sebegini, bermasyarakat menjadi lebih mudah.
Chekgu ada memulakan 'discussion' tentang team futsal
Rupa²nya orang yang memulakan 'discussion' itu lah(ambo lah tu) yang tertinggal jauh. Dah banyak aktiviti² komuniti ini, tapi tak tahu sebab tak aktif sangat FB. Dipendekkan cerita, selasa malam haritu berjaya juga 'join' futsal.Fuh..Lebih kurang 30 orang datang. Memang meriah. Siap bawa anak isteri masing².
Dah lama tak main memang semput habis!! Mana tak nya, dah lebih 2 tahun tak main futsal. kena pulak lari bawak lemak² berlebihan, memang pancit. Tapi dapat jugak score 2 gol dengan cantiknya.
Antara aksi² yang dirakamkan (diambil dari Mohd Nur Farhan)
tengoklah jejaka boroi yang tengah bawa bola tu..hehe
sedikit sesi beramah mesra dan perbincangan untuk aktiviti seterusnya(siapa yang cekak pingang tu??)
++++++++++++++++++++++++++++++
mana cerita Cesc Fabregas? Ini bukan berita Cesc Fabregas mahu ke Barcelona ye!
Owh..Dulu dekat UKM kawan² seperjuangan di padang bola menyamakan chekgu dengan Fabregas tu. Ada ke patut!!! Macam lah bagus sangat Fabregas tu.hoho ( bolehlah muntah dalam beg plastik tadi ye!)
Cesc Fabregas
Darwisy merajuk sebab tak bawa dia main futsal. Kesian Darwisy main bola sorang² kat rumah. Lain kali kita bertiga pergi ye!
main bola kat rumah je la!
Nota Ringkas : Teknologi. Ada negatif, ada positif. Kita yang memilihnya kan?
P/s : Tak sempat nak menjenguk blog rakan² yang lain. Nanti ye!
tak mahu, stay kat arsenal......
ReplyDeleteFilem Melayu Terhebat
teknologi semakin mendekatkan kita dengan masyarakat .. yang penting kita menggunakan dengan cara berbudi bahasa dan sopan santun.. barulah kita dapat melahirkan masyarakat yang terbilang... Amin..
ReplyDeletehebat chekgu main bola ye..heh
cikgu itu tempat futsal mcm pernah aku gi la, dkt puspanita kan presint 10
ReplyDeletebakat kalau dah ada melekat dalam diri, takkan hilang ke mana kan naman, tapi mungkin tumpah ke darwisy je lah...
ReplyDeleteterbaru dari saya : sindrom anai-anai
facebook ni ada buruk and baiknya...terpulang kpd individu...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletedah buat keputusan tak mahu menggunakan teknologi yang 1 tu.. :)
ouw..sudah ader fb...
ReplyDeletecari saya di fb..ehh...
sangat bagus komuniti disitu..
heheheh...maza pun berunion tempoh hari di atas kapasiti FB juga.. kalau tak der, memang payah sikit ler...
ReplyDeletehuhuhu
emmmm sebenarnya akak tak rajin nak gi ke fb tu...sbb dah tak leh upload gambar kat blogspot akak gi ajer upload kat fb.
ReplyDeletememang betullah kamu bukan blogger tegar..kalau akaklah kan..mesti macam cacing kepanasan bila tak layan internet satu hari.
wah2.. bagusnye
ReplyDeletePost a Comment