Salam.

Tidak semua orang dapat menunaikan ibadat puasa dengan badan yang sihat walafiat. Ada mereka² yang berpuasa dengan badan menahan sakit. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Jadi janganlah merungut kalau sakit (kita cakap senang la kan?)

Rasulullah Saw bersabda:

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya”  (HR. Bukhari).

Terjumpa artikel di bawah dalam buku panduan berpuasa bagi orang sakit keluaran JAKIM semasa mencari maklumat mengenai perkara yang membatalkan puasa dalam perubatan. Dan terasa terpanggil untuk berkongsi dengan kengkawan. ;)

1. Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah :

  • Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
  • Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  • Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
  • Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;
  • Pendermaan atau pemindahan darah;
  • Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  • Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  • Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  • Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  • Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
  • Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;
  • Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  • Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  • Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  • Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

2. Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

  • Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  • Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  • Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  • Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.

Banyak lagi maklumat mengenai panduan berpuasa bagi orang sakit dari buku yang diterbitkan oleh JAKIM. Boleh juga didownload di bawah ini dalam bentuk .pdf.

Download panduan berpuasa bagi pesakit dengan klik gambar di bawah.


Untuk pertanyaan mengenai kemusykilan agama, bolehlah terus ke portal JAKIM di http://www.islam.gov.my/portal/

Nota Ringkas : Diharap memberi manfaat.

Entri sebelum ini


9 Comments

  1. ckLah dah masuk tahun ketiga berpuasa tak macam orang.....jadual pengambilan ubat juga berubah. Wallahu'alam.....

    ReplyDelete
  2. WAH! sunggguh berinformasi.. terima kasih kerana menyebarkan maklumat berguna ini.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. akak demam pun merungut..merungut kat anak-anak dan hb ajer..padahal ada orang lain yang lagi teruk.

    ReplyDelete
  4. info yg baik cikgu :D

    my recent post:
    waka waka kini laka laka???

    ReplyDelete
  5. sy ada asma tp nasib baik tak perlu pakai inhealer tu...kalo tak bnyk la pose sy yg kantoi!

    ReplyDelete
  6. wah...perkongsian yg bagus nie... kalau saya nk buat post pasal nie boleh kn?

    ReplyDelete
  7. Kalau inhaler astma tu... saya tekan tekan inhaler tu sampai berkabus udara pastu saya sedut open air camtu batal puasa x? hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post