Sehari sebelum Ramadhan haritu sempat membelek novel yang bertajuk I Love Ramadhan.
Tajuk : I Love Ramadhan
Pengarang : Sahrulazmi Sidek
Penerbit : KarnaDya Solutions
Buku ini menerangkan kelebihan Ramadhan dan dapat membuka minda kita tentang keberkatan amalan yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. Penulis juga menggunakan gaya santai dan menyelitkan unsur-unsur kecindan yang tidak akan membosankan anda.
Setelah membaca buku ini pasti anda akan dapat menelusuri erti bulan Ramadhan dan ibadah puasa dalam erti kata yang sebenarnya.
Jika ingin memperkasa ibadah puasa anda dan inginkan kenikmatan berpuasa pada bulan Ramadhan dapatkanlah buku ini.
Bacalah dan hayatilah kandungan buku ini. Selamat membaca!
Sinopsis diambil dari kedai buku
Tak sempat baca, tapi bila tengok sepintas lalu, penceritaan novel tu disampaikan secara santai, diselitkan juga dengan kartun² yang agak melucukan. Antara perkataan-perkataan yang chekgu ingat adalah
1) Gastrik ke Just trick?
2) Bazar ke bazir?
Yang pertama itu adalah alasan yang sangat popular di bulan puasa, khususnya bagi mereka yang tidak berpuasa. Bila Ramadhan je macam² penyakit datang ye?
Yang kedua ni lagi popular. Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan atau nama manjanya PARAM, tiada kena mengena dengan Karam Singh Walia. Ramadhan adalah antara saat ditunggu oleh mereka yang terlibat sebagai penjual² di bazar Ramadhan. Dikatakan bulan ini akan memberi lebih keuntungan disebabkan kebanyakan kita lebih suka membeli di bazar Ramadhan( dah kerja kan? Tak sempat masak, betul tak?) daripada menyediakan juadah sendiri.
Bila diikutkan nafsu semasa membeli juadah di bazar itulah yang akan mengakibatkan pembaziran kan? Semua nak beli, bila berbuka jamah sikit je. Yang selebihnya dibazirkan la ek?
Setakat 3 tahun berpuasa sebagai suami isteri ni, rasanya tak sampai 5 kali ke Bazar Ramadhan cari lauk atau kuih muih. Lebih suka meyediakan sendiri juadah berbuka secara ala kadar, cukuplah 'ngam-ngam' dengan perut. Taklah terlebih kenyang sampai tak boleh nak bergerak kan? Sungguh terseksa kalau makan terlebih semasa berbuka. Fuh..Nak duduk pun tak senang.
kak jie pun nampaknya bijak menyediakan juadah tanpa pembaziran.
kak jie pun nampaknya bijak menyediakan juadah tanpa pembaziran.

selamat berpuasa!!(tak terlambat lagi kan?)
p/s - sebenarnya ada backlink utk cikgu suami isteri entri 8hb - http://www.kujie2.com/blogger/kelahiran-08-08-2010-tahniah-mr-mrs-kreuger.html
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeletebila anak2 mula belajar puasa nanti.. keinginan mereka yang diutamakan..
macam2 kehendak tapi sebagai ibubapa.. kenalah didik mereka untuk tidak membazir..
heheheh.. dua hari puasa ni masih dapat kawal bajet lagi cikgu..
ReplyDeletehehe.. tajuk entry sangat menarik
ReplyDeletewow...i like this entry...bazar or bazir???
ReplyDeletep/s: kak ayu lebih suka masak sendiri jugak...cuma beli kuih2 tu biasalah kat bazar...bukan membazir, sekadar mencuci mata dan beli mana yg terliur jer...hehe..
p/s: HUAAAAA...JB tak dok tupat sotong...nok make sgt ni!!!
n@m@n,
ReplyDeleteSalam & selmat puasa....
Pada Ramadhan ni (walaupun syaitan 'dibelenggu'), tapi macam2 ada... trick, truck (terak) dan teruk pun ada....hihihi...
g bazar jgn bazir dh le..
ReplyDeletebagus nyo laki bini nih..bini pandai masok buleh la nk sedia sdiri dumoh..kalu bini x pandai masok + malas masuk dapur mcm k.eli ni??? harus la beli kt param..tp kami x beli byk pum..beli nasik nge lauk utk sahur skali heheheh
ReplyDelete@Kujie
ReplyDeletehehe..
@cikgu isza
ReplyDeleteitulah kan..kadang² setiap anak ada kegemaran yang berbeza..
kena buat macam kak jie lah gamaknya ;)
@Hapiz Rahman
ReplyDeleteharap² kekal ;)
@suhaida shukor
ReplyDeletetajuk je ke?hehe
@Damia Aleesya
ReplyDeletekalau beli ala kadar ok la kan? kalau banyok, ikut nafsu tu yg membazir
apa lagi..buatlah sendiri..hehe
@mantan
ReplyDeletesalam mantan,
hanya syaitan yang dibelenggu, nafsunya tak..hehe
@diraja22
ReplyDeletebetul!
@e.l.i.z.@
ReplyDeleteekeke..yo ko malas?ko sajo jah..hehe
lebih seney beli kn?
salaam ramadhan okeh.. btw, jarang orang baca buku skrg.. semua internet..
ReplyDeletecikgu senang sikit..balik cepat..bolehlah bersilat kat dapur..
ReplyDeleteakak pun beli kueh ajer..masakan memang tak suker..sebab pernah terkena.
selamat berpuasa dan selamat berbuka.
bazar ke bazir, he he he
ReplyDeletesuka ngan komen kak ayu a.k.a ibu damia tu..
ReplyDeletebaru semalam en.suami pun mitak ketupat sotong..
insyallah esok nak buat..dah hampir 4 tahun hdp bersama dah semakin pakar ngan juadah kelate..hehe
ada org kata tak suke pose
ReplyDeletekatanye myusahkan
pelik tp benar
tp bila time bbuke dia yg laju
ada lagi satu perkataan yang pernah dengar
ReplyDeleteBARAM = baazar Ramadhan.. dari blog Joegrimjow..
Post a Comment