Ramai cikgu sedang menyepikan diri daripada dunia blogging sebab tengah berperang menanda kertas peperiksaan pertengahan penggal. Tapi ada juga cikgu yang konsisten dengan blogging. Mungkin blogging satu 'escapism' daripada tekanan berhadapan dengan jawapan murid yang pelbagai itu. ;)
Yang pastinya selepas cuti nanti banyak lagi peperiksaan menanti khususnya pelajar2 yang akan menghadapi peperiksaan awam tahun ni. Silabus pulak kena habis bulan 8. Alahai, orang bijak pandai kat luar sana tu tak terfikir ke buat peperiksaan banyak2 boleh habis silabus ke??? Bukan semua sekolah pelajar-pelajarnya 'cepat tangkap' macam sekolah berasrama penuh tu. Hmmm..
Tutorial Melubangkan OMR
Haa..tutorial ni khas untuk cikgu2 yang alah pada kandungan DDT asap ubat nyamuk macam chekgu dan juga yg susah2 melubangkan borang OMR menggunakan pisau. Kalau yang tak alah tu guna ubat nyamuk lebih cepat..Kaedah ni mesra rakyat..eh mesra alam sikit. ' Save the cheerleader, save the world'..haha..Siapa tengok cerita heroes tau la frasa ni. Macam mana kaedah ni?
Apa yang diperlukan?
Cermin dan Pen
cara dia?
Hanya bulatkan berulangkali borang OMR tu dengan pen di atas cermin sampailah berlubang macam gambar di atas..Cepat dan efisien. hehe
inilah hasilnya!
Selamat mencuba dan selamat menanda!
Nota Ringkas : Tak sempat menanda lagi. Jadual sekolah kena ubah lagi. Aduiii!
Tak aciiiiii...
ReplyDeleteSubjek ckLah tak guna kertas objektif tuuuuuu!
@ckLah
ReplyDeletehaha..nasiblah ckLah!!
@Kepala Bergetar
ReplyDeleteotainya cikgu kaze!
Daddy pakai bara rokok...habih berlubang pastu terbakor...hampeh!
ReplyDeleten@m@n,
ReplyDeleteSatu cara yang lebih klasik. Guna PAKU dan TUKUL.
Susun semua kertas OMR (1 kelas). Susun elok2. Ambil jawapan yang betul letak atas sekali. Paku je lah jawapan yang betul tu, semua sekali dengan ketas OMR yg disusun.(biar tembus sampai kertas yg last sekali). Lepas tu kiralah. Kira jawapan yg kena paku tu, betullah. Hehehe
dah lama praktik :)
ReplyDeleteerm...
ReplyDeleteobjektif sng la nk tanda...
subjektif ade cara paling mudah tak??
huhuhu
kalau ade nk beli satuu...!
ekekekeke..cara zaman dulu2 ni..kak ayu tak guna borang objektif..banyak subjektif jer ni..
ReplyDeletekalau cikgu kite,die pkai ubat nyamuk..
ReplyDelete:P
cara paling senang tanda kertas OMR ialah guna komputer... 2 minit je 40 kertas siap ditanda dan markah direkod sekali...
ReplyDeletesayangnya di sekolah saya mengajar ni takde komputer OMR... so lobang2 kertas juga lah jawabnya... semalam terpaksa pakai gunting juga sebab takde cermin nak dipinjam... huhuhu
lain kali buat tutorial menanda sambil pejam mata... atau menanda sambil berehat di tepi pantai ke...
ReplyDeletecakap pasal nak habis silibus ni... rasa macam nak demam lah naman... banyak lagi ni tak habis...
Cikgu, kalau saya tak lorekkan bahagian "bahasa yang digunakan" di tepi kertas
ReplyDeleteada 3 pilihan iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris dan bahasa melayu, atau bahasa inggeris
tetapi,saya langsung tidak melorekkan bahagian tersebut..
adakah ini akan menjejaskan seluruh kertas omr saya untuk spm sejarah?
Post a Comment