Salam..

Walaupun chekgu kenal budak Shahir ni masa konsert final(itupun tengok sipi2 je sambil menelusuri ruang maya menambah pengetahuan ;p), tetapi halwa telinga ini dapat menangkap melodi2 indah lagu yang ala2 lagu lama2 ini. Bila didengar memang sedap lah walaupun tak sesedap makan nasi berlaukkan telur mata kerbau bubuh kicap.

sila tekan play, kemudian tekan pause bagi video loading habis dulu

LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Di bawah ni adalah MP4 dan MP3 untuk review sahaja. Studio version. Selepas dah dengar dapatkan yang original di kedai2 basikal muzik yang berhampiran





Nanti bolehla try petik gitar rosakkanmain lagu ni..hehe


Nota Ringkas : Tiba2 teringat anak Teacher Wan Besah,guru BI sekolah rendah bernama Shahir yang suka bersilat tu ;)

4 Comments

  1. ye..saya sudah donload hahahharus la donload..lagu best =D

    ReplyDelete
  2. ouwwhh...baru kenal siapa shahir

    ReplyDelete
  3. salam cikgu..ala apa salahnya mencuba..akak pernah jugak tak dapat..tapi akak masih buat lagi..kalau ada rezeki dapatlah..klu tak dapat nak buat camner..redha ajerlah.

    akak tak tgk langsung af 8 ni..dah tak minatlah.

    ReplyDelete
  4. org pompuan penggile AF mmg tgh demam ngn mamat nih...
    kang bile dah kebah demam, suam2 kuku je laa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post