'Guru Pembina Negara Bangsa'..Itulah tema untuk sambutan hari guru tahun ini..So apakah yg dimaksudkan dengan Negara Bangsa? Ni aku cedok drp Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad
Melangkah Ke Hadapan, 1991)


Dengan bahasa mudahnya pada pandangan aku la..(kalo salah tlg betulkan ye)....Secara ringkasnya ia merujuk kepada menjadikan rakyat Malaysia yg berbilang bangsa ini menjadi satu Bangsa sahaja..Dgn kata lain mewujudkan perpaduan yg sgt utuh di antara kaum-kaum yg ada di malaysia ini dan berpaksikan kecintaan yang sgt menebal kepada Negara.
sebab itulah pendidikan lah cara yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan. Di sekolah pelajar cuba dipupuk dengan perpaduan..Sebab itulah diwujudkan Sekolah Kebangsaan. tapi yg aku heran dalam PIPP tu dengan panjang lebar menghuraikan fokus KPM dalam memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai elemen perpaduan selaras dengan Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang telah termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 sedangkan sekarang mereka menafikan kedudukan Bahasa Melayu dengan adanya PPSMI..Bercanggah kn?Ntahla..harap2 cptlah TPM kita membuat keputusan berdasarkan laporan meja bulat yg xbulat-bulat juga tu.

Lupakan pasal PPSMI..Kerana aku ingin menyatakan penghargaan aku untuk cikgu-cikgu yg telah mendidik aku .Selamat Hari Guru kepada:
Guru-guru Tadika Islam Dalam Kemunting(1989-1990); Tempat aku mengenal baca,tulis dan kira.
Guru -guru Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil (1991-1996)
Guru -guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil (1997-2001)
Guru -guru Kolej Mara Kulim (2002-2003)

Terima kasih atas jasa-jasamu yang tidak terhingga. Kini akumenjadi penyambung kepada tugas- tugas mu wahai guru- guruku.
TERIMA KASIH CIKGU!!!


1 Comments

  1. harap2 belum terlambat untuk saya pun ucapakan selamat hari guru kat cikgu...

    insyaallah lagi 2 tahun saya pun akan menurut kerjaya cikgu naman... i'm on my way to school...

    x sabar nak gi mengaja... hiks

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post