Terlebih dahulu aku ingin ucapkan terima kasih sekiranya kalau ada yg sudi bc entri ini. Ia sgtlah pjg kerana ia merupakan cerpen..haha.. Utk makluman, ni adalah tugasan matematik di UKM dulu..Tak percaya?????haa...Itu yg bestnya..Ada satu subjek Sejarah dan Falsafah Sains Matematik yg aku ambil masa di tahun 3 kalau x silap..Subjek yg kdg2 menyeronokkan kdg2 memeningkan..yela..dh nama falsafah...Satu2nya subjek yg 30% final..70% assignment..Assigment dia bukan main dasyat lg..Tp yg paling mencabar rsenya time dia suruh buat cerpen ataupun apa2 shj bhn bacaan yg ringan dan boleh menerangkan dengan mudah kepada masyarakat ttg matematik...Punya la ssh pk punya pk ..pastu nsb baik idea last minit timbul..Cerpen ni digarap dengan bahasa yg mudah memperkatakan tentang matematik dalam hidup kita..Itu juga yg diminta oleh pensyarah..Gunakan bahasa yang mudah,kerana kebanyakan artikel ttg matematik sukar difahami oleh masyarakat..Bagus juga idea beliau untuk memasyarakatkan ilmu matematik ni. Aku dpt B- untuk subjek ni..Aku ingat aku yg plg rendah..bila aku tanya kwn2 yg lain dorg terkejut..Bkn sbb gred aku rndh, tp sebenrnya tinggi drp diorg..kebanyakannya dpt C dan D(lecturer tu xkn bg A kalo x betul2 layak,sebab beliau pun dpt D dulu,beliau xkesah graf pencapaian rendah,bgnya markah student perlulah original)..thenMungkin cerpen ini membantu aku kot (hehehe...masuk bakul angkat sendiri)..Kalau nk ikut markah final semata2 mmg xlogikla..soalan2 dia bukannya sng,xde dlm buku pon..dhla 30% je..Kisah ni aku dah hantar ke DBP dan diterbitkan dlm majalah Dewan Pelajar edisi NOvember 2007..

Kepada sesiapa yg sudi bersengkang mata membaca cerpen ni..Terima kasih banyak2..Kalau x keberatan coretlah komentar untuk penambahbaikan..Apa yang aku hrpkn melalui cerpen ini, sedikit sebyk menjawab persoalan ttg

'apa pekdahnya belajar math??'..Persoalan sama yg bermain di benakku semasa belajar math dan add math dulu. Dan penghargaan untuk Prof. Mohamad Ali Nor (gambar)..kerana membuka minda pelajar- pelajarnya..


Sudah 3 hari aku berada di kampung. Cuti akhir sem masih lagi tinggal lebih kurang 2 bulan. Minggu depan aku akan ke KL untuk mencari kerja untuk mengisi masa cuti yang lama ini. “Agak-agak ada tak kerja-kerja part-time dalam masa 2 bulan in?”aku mengelamun sendirian. “Naman…naman..!”satu suara yang halwa telinga aku macam biasa dengar menghentikan lamunanku. Aku berpaling kebelakang, rupa-rupanya Leman, kawan baikku dari sekolah rendah lagi rupanya. “Woi!Kalau ye pun bagilah dulu salam, tercekik aku. Lama betul tak jumpa kau”kataku kepada Leman.” Takkan minum air pun tercekik”Leman membalas. “Dari mana comot-comot ni?”tanyaku. “Pak Mat! Teh ais satu! Aku dari workshop.”jawab Leman. “Kau buat apa sana, kerja dekat sana ke sekarang?”aku kehairanan. “Ye la, apa la sangat orang lepasan IKBM cam aku ni boleh buat. Lain le budak U macam engkau!”balas Leman seakan menyindir. “Ek eleh..bukannya kau mencuri, at least kau dah ada sumber pendapatan sendiri sekarang ni”aku membalas. “Eh, kau ambil jurusan matematik kan kat sana? Macam mana kau boleh minat dengan matematik ni. Macam la genius sangat!”tak habis-habis Leman menyindir aku. Apasal pulak kau cakap macam tu?” “ Ye la, kan subjek tu susah, kau tu bukannya bijak sangat”. Lagipun aku tak nampak apa faedahnya kita pening-pening kepala belajar math, bukannya guna pun dalam hidup hari-hari’’Leman membebel panjang, mungkin masih tak puas hati dengan result add math SPMnya yang teruk itu. “ Bang Leman…bang Leman” perbualan kami terhenti seketika oleh suara tersebut, rupa-rupanya adik Leman. “Abang, mak suruh beli gula sekilo, bawang merah sekilo, lada kering setengah kilo, malam ni nak masak rendang”. “ Ok dik! Lepas ni jangan pergi main jauh-jauh sangat ya!”tegas Leman kepada adik kesayangannya. “He...he..kau tau tak apa yang adik kau cakap tadi tu matematik”. “Apa matematik pulak, adik aku suruh beli barang dapur pun matematik ke. Mengarut betul la kau ni”Leman seakan kebingungan. “Kau tak perasan ke, apa yang adik kau cakap tu, sekilo gula, sekilo bawang tu semuanya ungkapan matematik. Adik kau yang kecik itu pun sebenarnya tahu matematik tapi dia tak tahu apa yang dia cakap tu sebenarnya matematik”aku mula bersyarah. “Mengarutlah kau ni naman!”sampuk Leman. “Betul Leman, kita semua pernah melakukan matematik, iaitu pernah bermatematik sebagaimana kita semua bersenam. Tetapi jika kita percaya seseorang tu tahu pendidikan jasmani kerana beliau pandai bersenam, ini merupakan satu kesilapan yang besar. Begitulah juga dengan matematik. Walaupun kita semua tahu matematik, tetapi ini tak menunjukkan bahawa kita tahu apakah itu matematik, apatah lagi status bidang ilmu itu”syarahan aku semakin panjang sehinggakan Leman mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Apa yang kau merepek ni”Leman kembali bersuara. “Tau tak, bila kita nak beli kereta, ikut resepi macam mak kau yang nak masak tu tadi, atau menghias rumah, kita sebenarnya menggunakan prinsip matematik. Sejak beribu..err, berjuta-juta tahun dahulu merentasi negara dan benua, manusia menggunakan prinsip yang sama. Samaada berlayar di perairan Jepun atau bina rumah dekat Iraq, kita menggunakan matematik”. “Mak oi..betul ke kau ni..ataupun sekadar nak peningkan aku je?. Macam mana pula matematik boleh jadi penting sangat dan universal.”Leman mula menunjukkan minat. “Jadi universal ek..begini, pertama sekali manusia tak mencipta matematik, tetapi menemuinya. Keduanya, bahasa matematik adalah nombor, bukannya bahasa Inggeris, Rusia atau Jerman. Jika kita betul-betul mahir dalam jenis bahasa nombor ini, ia dapat membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan yang penting ataupun melaksanakan tugas harian. Matematik boleh membantu kita untuk berbelanja dengan bijak, beli insurans yang sesuai, memodelkan balik rumah mengikut budget kita, dan juga memahami pertumbuhan populasi.”. Penjelasan aku nampaknya telah berjaya melenyapkan kegusutan fikiran Leman itu tadi, walaupun tidak sepenuhnya. “Takde contoh lebih mudah ke? Dah pening kepala aku ni!” “Dah agak dah. Pak Mat!Kira!” Dua ringgit 4 posen!”Pak Mat menyatakan harga minuman kami berdua. “Ni dia duitnya Pak Mat.”Leman menghulurkan sekeping duit sepuluh ringgit. “Warie!Bak sini 7 ringgit 6 posen! Bagi kat abang ni”Pak Mat mengarahkan pekerjanya. “Nah bang bakinya” “Oklah Pak Mat, terima kasih. Jom naman.” “ Tengok tu Leman, Pak Mat pun terrer matematik, siap tak payah guna kalkulator nak kira harga kita minum tadi” “ Eleh! Tu senang aje.”balas Leman. “Abis tu yang tadi kau cakap susah tu apesal?”. Leman terdiam. “Nak ke mana kita ni”Leman mula bersuara balik. “ Jom jalan-jalan keliling kampung. Dah lama tak round kampung. Naik motor aku je la. Tak payah dua motor.”gesa aku bila tengok Leman hendak mendapatkan motosikal cabuknya. “ Ya tak ya jugak, minyak dah naik tiga posen ni. Apahal ngan Pak Lah tu, suka hati je naikkan harga minyak, rasa macam nak naik basikal je aku. Geram betul!” Leman membebel. “ Sabar Leman, diorang tau la apa diorang buat tu. Semuanya dah dibuat perkiraan dengan teliti”aku cuba meredakan ketidakpuashatian Leman. “ Ahh..kira-kira lagi. Tak habis-habis dengan matematik kau tu.”Leman membalas. Aku memecut dengan perlahan motosikal peninggalan arwah ayahku, menelusuri jalan-jalan kampung yang berlubang-lubang itu. Lebih kurang setengah kilometer kemudian, aku ternampak papan tanda yang menunjukkan sekolah rendah tempat aku dan Leman belajar dahulu. “Leman, cuba kau tengok papan tanda di depan sana, apa yang kau nampak?’’ “ 500 meter di hadapan sekolah”jawab Leman. “Kau boleh agak tak berapa jauh jarak tu” “Boleh la, takkan tak boleh” “ Itu sebab kau dah biasa dengan apa yang dimaksudkan dengan jarak yang diberi dalam meter itu. Cuba kau bayangkan jikalau kau hidup zaman Pak Kaduk dulu, orang guna istilah depa, kaki, sepurnama untuk ukur jarak. Maknanya kau tidak boleh ukur jarak dengan tepat sesuatu jarak itu kerana sudah tentu sekaki orang yang tertentu itu tak sama dengan sekaki orang yang lain. Di sini, konsep matematik digunakan dalam membentuk ukuran jarak piawai atau dengan bahasa mudah pengukuran adalah selaras seluruh dunia” “Emmm...”dengus Leman. “ Begitu juga dengan perkataan 35km/jam itu. Kemajuan sains dan kemajuan matematik telah banyak mengubah kehidupan manusia”aku menambah. “Ye la tu”Leman seakan-akan sudah bosan dengan ceramah percuma aku itu. Itu la, siapa yang suruh aku mula. “Jom Leman, kita ke pantai ambil angin sambil ushar awek-awek cun” “ Gua on je”begitu cepat Leman membalas. Kami terus menghala ke arah pantai. “Naman..naman...stop kat depan kejap. Nak beli jagung bakar kat gerai sana”gesa Leman sambil menunjuk ke arah gerai yang berada tidak jauh di depan kami. “Satu berapa?”tanya Leman. “ Seringgit dua posen satu bang, kalau lima, lima ringgit.” Aku menjeling ke arah Leman sambil tersenyum. Leman membalas dengan jelingan yang sinis, barangkali sudah faham maksud jelingan aku tadi yang mengatakan aplikasi matematik juga berlaku di sini. “Bagi lima dik.” Kami kembali menghala ke tempat yang ingin ditujui dan mencari ‘port’ lama kami semasa kecil sehinggalah sekolah menengah iaitu di atas batu pemecah ombak. Aku digamit oleh perasaan rindu akan zaman sekolah-sekolah dahulu. Di sinilah tempat yang ditujui kami setelah seharian di sekolah. Begitu nyaman sekali angin laut menghempas pantai. Sudah lama aku tak merasakan suasana sebegini. Leman pun nampaknya sedang asyik dibuai oleh badai laut, hampir lena dibuatnya. Tiba-tiba, zooooooooommm...kelihatan sebuah kapalterbang tentera melintasi jauh di atas kepala kami. Dirasakan sebegitu hampir sekali atas kepala kami, seakan-akan beberapa kaki sahaja. Mungkin tentera di kem yang berpengkalan di kampung sebelah sedang melakukan latihan udara. “Leman, kau tak hairan ke? Dekat ruang langit sana bukannya ada jalanraya macam di bawah ini, macam mana nak kawal ‘air-traffic’.”aku cuba menguji Leman. “Ala..guna komputer la. Itu pun kau tanya aku ke. Kenapa?. Ada kena mengena dengan matematik ke?.” Sindiran Leman semakin pedas aku rasakan. “Itu la Leman, suruh belajar malas! Mestilah ada kaitannya.”aku membalas. “Memang betul guna komputer, tapi semua tu memerlukan perkiraan matematik. Perkiraan itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa komputer. Macam juga kau berhenti kau berhenti kat traffic-light hari-hari tu. Sudah tentu kau tak terfikir yang matematik digunakan dalam mengawal pertukaran ketiga-tiga lampu tersebut dan juga mengawal perjalanan lampu isyarat di seluruh negara.” “Makin pening aku dengan teori-teori matematik kau. Tapi aku tak berapa jelas dengan penglibatan matematik dalam semua yang kau cakapkan tadi.” “ Ye la, aku bagitau secara umum sahaja. Kalau aku bagitau secara detail lagi la kau pening.”jelasku kepada Leman. “ Tapi kan, pada pandangan aku, matematik tidak sebegitu penting berbanding ilmu sains yang lain seperti kimia, biologi dan fizik. Semasa kita belajar di sekolah dulu aku dapat rasakan subjek-subjek ini dapat dikaitkan dengan hidupan seharian tetapi bagi matematik, aku tidak nampak kepentingannya.” Pandangan Leman menunjukkan dia masih kurang setuju akan penjelasan aku sebelum ini. “ Kau silap Leman, sebenarnya setiap ilmu sains tersebut memerlukan matematik. Kau tak ingat ke dulu dalam kimia ada pengiraan, begitu juga fizik yang memang banyak pengiraan dan biologi juga memerlukan pengiraan walaupun tidaklah banyak seperti fizik dan kimia. Sebab itulah matematik dianggap sebagai ratu matematik kerana semua subjek sains memerlukannya.”sangkalku. “Oo..iya tak ya juga”Leman bersetuju. “Ok la, sekarang kau tengok pokok kelapa di sana tu. Agak-agak kau boleh ukur dengan tali ukur tak.?” “Panjat dan ukur je la. Suruh beruk Pak Din panjat.”seloroh Leman sambil tergelak. “Itu baru pokok kelapa, kalau menara KL dekat Kolumpo tu. Larat ke beruk Pak Din nak panjat? Kalau ada Spiderman bolehla.”aku membalas balik. “Habis tu macam mana nak ukur?” Leman kehairanan. “Aa...di sinilah kita hendak gunakan aplikasi matematik!” “Matematik lagi. Macam mana tu?”tanya Leman dengan penuh minat. “Ada satu alat yang menggunakan konsep trigonometri yang kita belajar masa Form 5 dulu itu digunakan. Kau mesti pernah nampak kan orang-orang JKR dekat tepi-tepi jalan sedang menggunakan alat yang berkaki tiga itu?” “Yang macam diorang tengah ambil gambar itu ke?”Leman inginkan kepastian. “A’ah..lebih kurang macam tu. Tapi diorang bukannya ambil gambar tetapi sedang ukur kecerunan jalan.” “Tapi apa kaitannya dengan matematik pula, alat itulah yang penting!” “Memang alat itu yang penting, tetapi ia menggunakan trigonometri matematik seperti yang aku cakap tadi.” “Ooo..begitu. Eh, dah pukul berapa?”Leman bertanya. “Dah dekat lima setengah”balasku. “Jomlah balik. Asar belum sembahyang lagi ni.”gesa Leman. “Jom. Lain kali kita sambung!” “Aaahhh..tak naklah aku, dah naik pening kepala aku. Cukuplah dengan hari ini”jawab Leman sambil menggelengkan kepalanya.

Jam sudah menunjukkan 8 malam. “Selepas makan pergi layan gitar dekat rumah Leman pun best ni.” Tok..tok..Assalamualaikum.!”Bunyi pintu rumahku diketuk. “Dik! Pergi tengok dekat bawah sana tu, siapa yang datang!”aku menyuruh adikku membuka pintu. “ Abang Leman bang” “Aik..baru je aku cadang nak pergi rumah kau. Apahal?. Ada projek ke?” “Iskhh..kau ni. Sebenarnya naman, aku nak minta tolong sikit”. “ Tolong apa?” “Ni..sementara kau ada dekat rumah, aku nak minta tolong kau ajar adik aku dalam pelajaran matematik. Aku hendak dia jadi ahli matematik!” Aku tergamam seketika. Aku tidak menyangka Leman yang berkata sedemikian. “InsyaAllah Leman. Nanti malam-malam lepas Isyak kau suruhlah adik kau datang sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post