Selepas kerancakan contest iPhone 5 gadget impian berakhir, saya pernah mendapat satu mesej di Facebook :




Barangkali bila ada yang mendapat tahu dalam contest tersebut, rezeki saya untuk mendapat tempat pertama bahagian SEO terus ada yang ingat saya pakar SEO..hehe. Padahal itulah pertama kalinya saya join contest SEO. Kalau dah rezeki memang tak kemana, walaupun ilmu SEO tak setinggi otai² sekalian alam.

Zaman sekarang ni nak belajar sesuatu agak senang, cari je di kotak carian google ke yahoo ke, pelbagai tips² yang kita nak in shaa Allah akan ada. Cuma bila dah terlampau banyak mula la pening nak praktikkan yang mana satu kan?

Jadi cara paling senang nak test ilmu SEO masing² selepas memebuat pembacaan di internet atau mana² sumber, sertailah mana² contest SEO yang ada. Macam yang terbaru ni saya ada sertai 2 contest SEO iaitu Melayu Boleh dan juga Mykad Smart Shopper. Dari situ boleh la cuba jaya apa saja ilmu SEO yang kita dah baca..hehe.

Melayu Boleh merupakan contest SEO kedua saya sertai manakala Mykad Smart Shopper pula yang ketiga. Moga² ada lah juga rezeki kat sini. Tak dapat saguhati tempat pertama jadilah (;P).

Lepas ilmu makin bertambah, cuba praktikkan dalam entri bukan contest pulak. Kalau menjadi dapatlah hasil ribuan trafik daripada sesebuah entri.

4k pageview untuk satu entri dalam beberapa hari. Kalau yang otai tu 4K sehari je..hehe

Yang paling penting, gunalah ilmu SEO yang ada untuk entri yang positif atau sebarang info yang bermanfaat. Kalau buat entri SEO cerita yang negatif seperti lucah atau gosip² membuka aib orang, ingat saham yang anda bawa nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post