Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.
| Banner Cendol Bakar |
Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil

Koordinat gps 2.859927 101.692717.
| Lokasi Cendol Bakar Dengkil |
| Beratur panjang semata-mata semangkuk cendol |
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.
| Pandu lalu |
Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.
| Kaunter |
Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.
| Tauhu RM2 |
| Cendol Pulut RM2.50 |
| Cendol Durian RM3.00 |
| mrs fiza dengan cendol, darwisy dengan teh o, danish tido |
| Menu² Cendol Bakar |
Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.
Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.
Lalu area Dengkil nanti mesti saya singgah..
ReplyDeletePost a Comment