Esok in shaa Allah akan berlangsungnya Sepetang Bersama Blogger edisi 2013 (SBB2013). Tahun lepas saya berserta isteri @mrsfiza.com dan Darwisy serta Danish (dalam perut)berpeluang menyertai SBB2012 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Boleh baca di SBB2012 (klik)
SBB2012
Pertama kali berjumpa Tuan Haji Amir @Denaihati.com
Tahun ini di lokasi yang sama akan berlangsungnya SBB2013 yang saya rasa jauh lebih meriah dari segi kedatangan blogger² dan juga pengisiannya termasuklah hadiah cabutan bertuah yang sangat² menarik itu. Boleh baca lebih lanjut di SBB2013 Denaihati.
Dan tahun lepas beberapa jam sebelum ke SBB2012 saya sempat membuat dan mencetak kad bisnes blogger secara bajet..haha.
Tahun lepas masih blogspot, jadi kena tukarlah
Jimat kan? Blog suami isteri dalam satu kad..hehe
Malam ni akan cuba siapkan design kad dan cetak secukup yang mungkin. Nanti sesiapa yang pergi tu jom tukar² kad ye.
Terujanya hati bila melihatkan senarai blogger² yang in shaa Allah akan datang. Ada juga beberapa blogger terbaik Malaysia (belum buat entri lagi) pilihan saya yang akan turut serta.
Moga² semuanya berjalan lancar esok. Jumpa di sana ye kawan², in shaa Allah.

yeayyy..dpt sekeping kad cikgu...bertuah ambe dpt salam ngn pemenang paling ensem hari tu (ok, sila kasi pnjam beskal tuhh..hehehe)
ReplyDeletetahniah cikgu menang dan dpt cbutan bertuah tu....
mmg best!
Post a Comment