Berita baik kepada penggemar ayam goreng Radix Fried Chicken di Kuala Lumpur, cawangan RFC terbaru akan dibuka di Kuala Lumpur, insyaAllah pada Ahad ini.
Alamat/ Lokasi RFC Setiawangsa
RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
18 Jalan Setiawangsa 10
Setiawangsa Business Park
54200 KUALA LUMPUR
Inilah Cawangan terbaru yang akan dibuka. Warga KL bolehla menjamu selera di sana.
Mesti ada yang hairan ni dah kali ketiga saya buat entri pasal RFC. Untuk makluman ini bukanlah advertorial ye. Saya tak dapat apa², ayam seketul pun tak dapat tau.hehe, saya bukanlah eyriqazz yang masyuk dengan tawaran advertorial.
Apa salahnya war²kan produk Muslim kan? Daripada asyik duk cakap 'ala..orang Melayu berniaga mana nak maju, nak lawan dengan kaum ****', baik kita mendoakan kebaikan kepada sesama kita kan?
Kata² itu doa, dah ramai yang merendahkan kemampuan kaum sendiri, tengoklah apa kesannya. Berapa kerat Melayu yang berjaya kan? Tengok sendiri dalam jualan Takaful yang berlandaskan Islam. Saya ambil contoh MAA Takaful, yang paling berjaya adalah agen Cina bukan Islam. Adakah itu akibat kata² kita terhadap kemampuan orang kita?
Ada baiknya kita berdoa agar perniagaan orang kita berjaya, dijauhkan perasaan hasad dengki dan agar perniagaan orang² kita dijalankan dengan jujur. Semoga kaum kita termasuklah saya (insaf) bangun dari lena akibat terlalu selesa dengan status kita di bumi Malaysia ini.
Ramai yang reject HPA kerana katanya MLM. MLM tu haram. Mungkin yang berkata tu mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi, sedangkan pakar ekonomi Islam seperti Ustaz Zaharuddin dan yang lain² pun hanya menulis dalam website mereka tentang garis panduan perniagaan MLM dalam Islam, bukannya mengatakan terus MLM tu haram.
Ramai juga yang kata barangan MLM itu mahal. Ya saya setuju. Tapi tak kesemuanya. Tengoklah gambar saya sebelum dan selepas kat bawah.
Saya menggunakan produk HPA selama beberapa bulan dengan kuasa Allah, resdung berkurangan. Kosnya jauh lebih rendah dari produk Single Level Marketing. Pandai²lah nilai produk dan harganya.. ;)
Kalau minum Starbucks tak rasa mahal pulak kan? Belum lagi kos hisap rokok..hehe.
Fuh., nak cerita pasal RFC Setiawangsa tiba² ke laut.
Post a Comment