Pada suatu hari, semasa saya tengah sarapan pagi bersama rakan sejawat di kantin sekolah (kata cikgu, ayat mestilah skema kan?), tiba² datang sekumpulan guru² wanita duduk di meja kami, berumur dalam lingkungan 30-40an barangkali, mengeluarkan gajet² canggih seperti Ipad dan smartphone.

(bayangkan suasana riuh rendah di pasar raya mengganggu mood nak bersarapan dengan tenang)

'Weh!! Transfer kat aku gambar Aaron Aziz semalam'

'Jap..jap..Aku dah upload banyak kat Facebook'

'Jap aku on bluetooth ye'

Masing² sibuk memperkatakan tentang kekacakan Aaron Aziz selepas menonton teater yang bertajuk apa entah, malam sebelumnya.

Selepas diorang tapao makanan, minuman dan berlalu pergi, aman rasanya. Kembali saya menghirup saki baki bihun sup (saya suka habiskan makanan yang ada, rezeki kan?) dengan nikmatnya.

Lalu rakan saya di sebelah bersuara ;

'Diorang ni kalau bab Aaron Aziz dan anuar Zain, laki sendiri pun letak tepi..bla..bla..bla..'(saya tak letak semua ayat beliau, tidak sesuai untuk tatapan umum)

Saya hanya mengangguk dan tersenyum, maklumlah orang baru di sekolah itu, takkan nak tambah lebih²..hehe.

Aniq = kacak


NOTA RINGKAS : Update di kala sibuk, ringkas je tetapi harap² mendalam. ;)

Post a Comment

Previous Post Next Post