Alkisahnya malam tadi dah berakhir secara rasmi Pesta Floria 2011 di Putrajaya. Malam tu jugak la nak cuba lagi tangkap gambar bunga api setelah hari tu hujan.
Jumaat malam hari tu kami ke dataran tasik tempat berlangsungnya perarakan bot² berhias.

Hujan renyai² di situ
Di bawah ni ada 2 buah daripada beberapa buah bot berhias yang ada. Malas nak upload semua..hehe.
Selepas tamat perarakan bot² berhias tu, ada pertunjukan bunga api. Tetapi malam tu hujan renyai² pulak. Jadi memang tak cantiklah bunga api sebab ada asap yang disebabkan hujan.
ada asap² yang terbentuk disebabkan hujan
Jadi malam tadi, apa lagi, siap² dari awal lagi sebelum pukul 10. Saja standby untuk ambil gambar bunga api dari dalam rumah menggunakan lens hadiah dari mama darwisy sempena hari jadi ke-17 hari tu. ;p
Senjata entry level tengah menembak bunga api
Kebetulan pukul 10 pulak Astro yang suka tayang ulang² cerita yang sama tetapi nak naikkan caj sesuka hati tayang cerita Ong Bak 2. Jadi sambil tunggu bunga api, layan je la cerita gaduh² Siam tu..hehe.
Dan di bawah inilah beberapa keping gambar bunga api yang diambil dari rumah je. Malas dah nak ke sana semata-mata nak ambil gambar bunga api, walaupun jarak hanya lebih kurang 1km sahaja. Gambar² bunga api ni masih tak menjadi lagi..sob sob sob.




Nota Ringkas : Berapalah kos yang dikeluarkan untuk pertunjukkan api setiap malam tu ye? Yang pastinya bukan setakat beratus atau beribu.
Post a Comment