Bermula petang Jumaat esok sampailah petang Ahad, saya akan menjadi guru pengiring untuk Kem 1 Murid 1 Sukan bertempat di Hotel Puteri Garden, Klang. Itupun menggantikan kawan yang mana isterinya sedang sarat. Hari ini saya tolong dia, esok lusa mungkin dia tolong saya pulak kan?
Baru teringat dinner terakhir di sekolah lama buat kat sini la.
Baru teringat dinner terakhir di sekolah lama buat kat sini la.
persembahan terakhir di dinner terakhir sekolah lama..hehe
Secara detailnya saya pun tak jelas lagi mengenai kem ini. Segala²nya diberitahu last minute oleh pihak PPD, itulah yang selalu berlaku. Yang pastinya banyak aktiviti melibatkan permainan dibuat, tetapi semuanya diadakan dalam dewan secara simulasi termasuklah bola sepak.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) ini baru sahaja bermula pada tahun ini. Sedikit info mengenai dasar ini ;
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Jadi tahun ni memang banyak aktiviti² sukan di pelbagai peringkat. Dan ramai juga cikgu² keluar menghadiri kursus² berkaitan kejurulatihan, kepengadilan dan yang sewktu dengannya. Erm..Agak mengganggu perjalanan harian sekolah.
Bila baca info di atas, mesti kita rasa banyak bajet yang diberi. Yang peliknya, dalam setiap meeting sebelum sesuatu kejohanan berlangsung, pegawai dari PPD sering mengingatkan bahawa duit tiada, bajet kuranglah. Setiap kejohanan yang diadakan tiada hadiah disediakan.
Kemudian yang menjadi pengadil²nya adalah guru², bukannya pengadil yang bertauliah. Alasannya, tiada duit untuk mengupah pengadil² bertauliah. Bayangkanlah guru² yang ilmu kepengadilan pun tiada menjadi pengadil.Makan maki hamun la jawabnya oleh pemain² dan jurulatih. Guru jugak jadi mangsa.
Bila nak mengundi tak dengarlah pulak pasal tak cukup bajet kan?
KPM : Pembuat Dasar
Sekolah : Pengoperasi
Guru² : ??????
PI MAI PI MAI PI MAI..Bilangan A juga yang menjadi penentu kan?
Nota Ringkas : Majulah Sukan Untuk Negara.