Mari akak² mak cik², kita belajar masak ye (dengan suara macho chef wan).

Bahan-bahan

1. Roti gardenia(jenama lain pun boleh..hehe)-Berapa keping bergantung kepada berapa tingkat anda nak buat. Kalau nak buat lapan tingkat, lapan keping rotilah kena ada

2. Telur , dengan nisbah telur kepada roti adalah 1:4

3. Marjerin

Cara²

1. Masukkan sedikit marjerin di atas kuali yang dah panas.


2. Selepas itu, masukkan roti yang dicelup dengan telur


3. Angkat, jangan bagi hangit..;P

Tengok. Bertingkat-tingkat kan? Saya punya 5 tingkat, sebab makan 3 orang je. Makan masa minum petang, konon-kononnya malam dah tak nak makan dah. Tengok² malam perut menyanyi² lagu Keroncong Untuk Ana..keh keh keh.



Lagi mantap kalau pekena dengan kopi O kaw-kaw keluaran Mak Limah Kampung Kuala Atok.


Amacam? Terliur tak? Hehe. Oklah daripada makan roti telur sesetengah kedai mamak berkuku hitam tu..Yakss!

1 Comments

  1. 5 tingkat makan 3 orang? kalau saya makan sorang pun habis! haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post