Masih lagi dalam mood kerja Urusan Seri Paduka Baginda. Masih mengejar dan dikejar masa, tetapi masih lagi teringin menaip-naip di keyboard laptop ini. Rindu barangkali! (Eceh)
Blogging, satu fenomena yang semakin ketara di kalangan mereka yang celik IT, bahkan tak semestinya celik, rabun dan buta IT pun turut merasa kehangatan berblogging, lagi² bila sekarang ni Nuffnang sangat bermurah hati memberi buffered yang dulunya dikira mustahil untuk blogger picisan macam saya.;p
dah lama tak cashout ni..hehe..kita bela bagi banyak dulu la kan baru seronok
Tetapi, pada pendapatan saya, selain dari trafik yang sangat penting bagi buffered, ada satu lagi 'nilai' bukan materialistik yang kita boleh dapat melalui berblogging, iaitu ;
PERSAHABATAN!
Betul kan?
Hari Ahad lepas, satu majlis kecil diadakan sempena sambutan harijadi pertama Darwisy. Dan yang datang, ada yang dari jauh, selain kawan² lama adalah kawan yang dikenali melalui ruang maya, iaitu blog.

semua ni mak² orang..ok? ;p
Dari kiri
ElizaDianna - Kajang
mama tisya- Dari Keramat
mama Darwisy- tuan rumah..keh keh keh
E-car- Bangi - (tauke kek ni..hehe)
Tiada dalam gambar
-Zimah- satu apartmen
Ya.Kesemuanya dikenali melalui blog!
Ada kawan lama, satu sekolah yang dijemput, tapi tidak berbalas sama ada boleh datang ke tidak. Bila diingat, masa kami dijemput, kami datang, usaha jugak cari hadiah walaupun tidak mahal (bukan mengungkit, cuma agak terasa ;) )
Kesimpulannya, teknologi ni kalau dimanfaatkan memang terlalu banyak kebaikannya, begitulah sebaliknya kan?

antara aksi candid Darwisy semasa majlis
Nota Ringkas : Esok mesti mama Darwisy cakap '' Update blog jugak?? Bila nak capai target?''
Post a Comment