PMR sudah bermula. Kali ini 1st time mengawas peperiksaan PMR.Sebelum ni SPM. Kena pulak pusat yang mengumpulkan calon-calon kelas hujung. Awal² lagi s/usaha peperiksaan sekolah tu dah warning.
'' Pusat ni kelas hujung-hujung ya cikgu²!'' sambil senyum sinis.
Baju tak masukkan dalam seluar
Kunyah gula² getah
Berambut ala-ala kumpulan Green day (pacak sana pacak sini)
Kasut beraneka warna (macam kuih pulak)
Dan macam² lagi yang memang sudah biasa bagi cikgu² mengajar kelas hujung di sekitar ini. Tapi tak semua kelas hujung begitu ye.
Yang bestnya boleh lagi bertanya soalan² kepada pengawas (ambo la tu)
Situasi Pertama ;
ada satu soalan subjek Pendidikan Islam berbunyi (bunyi ke?)
'' Nyatakan maksud fardhu Kifayah ''
Tiba-tiba salah seorang calon angkat tangan. Ingatkan nak ke toilet. Rupanya ;
'' Apa tu Kifayah cikgu?''
Adusss
Situasi Kedua ;
Kertas Bahasa Inggeris
Kertas Bahasa Inggeris
'' Apa maksud soon cikgu?''
'' Berlari dalam bahasa Inggeris apa cikgu?''
Owh..Terasa tengah mengajar dalam kelas pulak, bukannya mengawas peperiksaan awam.
Ada juga yang menulis karangan untuk Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Alahai.Itupun nak suruh belajar Sains dan Math dalam BI. Padahal ramai lagi pelajar macam ni, yang mana cikgu BI pun terpaksa mengajar dalam BM.
AMARAN!!
HANDPHONE TIDAK DIBENARKAN! TERMASUKLAH PENGAWAS!
err..nasib baik boleh ambil gambar pakai pen ajaib keluaran Syarikat Muda Osman. Antara gambar² yang diambil.
awal-awal..penuh
tinggal 4
3
2
tinggal seorang berjuang ke titisan dakwat terakhir (ke mak bagi amaran, kalau buat exam habis awal tak boleh makan nasi..hehe)
Nota Ringkas : Mengawas peperiksaan lagi penat daripada mengajar.
Post a Comment