masih mood raya ke?;p
Berita baik(?) untuk peminjam² PTPTN (termasuk diri sendiri).
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
berita penuh di Bernama
Wah..Ini dah betul² tindakan drastik ni..hehe.
Nasib baiklah pinjam dua sem je dulu masa dekat UKM. Lepas tu 'stop' sebab dapat biasiswa. Tapi 2 sem pun 7 ribu lebih jugak tu.Bukan sengaja tak bayar terus duit 7k selepas dapat biasiswa, tetapi nak pakai duit untuk beli Ferrari berkuasa 110 cc a.k.a motor..;0
Memang memerlukan disiplin yang tinggi kalau kita nak bayar sendiri kan? Memang diri sendiri pun asyik² lupa nak bayar secara berkala. Lupa dan kadang asyik tangguh, tangguh dan tangguh..Jadi, cara ni memang agak bagus, cuma diharap jumlah bayaran bulanan tidak membebankan.
Kenapalah caj perkhidmatan tu mesti ada ye? Banyak pulak tu. Nasib baik pinjam sedikit, kalau pinjam banyak tak tahulah kena berapa setiap bulan.
Nasib baiklah sekarang dah ada macam² skim,insurans dan lain² berbentuk simpanan pendidikan. Jadi anak² sekarang sudah ada simpanan untuk pendidikan selepas sekolah, itupun kalau ibu bapa cakna akan simpanan pendidikan masa hadapan anak². Kebanyakan kita dulu, mak bapak tidak menyimpan untuk pendidikan, jadi PTPTN dan yang sewaktulah sumber kewangan bagi kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
Nota Ringkas : Kena semak balik ni dah bayar berapa dan tinggal berapa. Semak jangan tak semak, semak jangan tak semak (diiringi paluan kompang)
Post a Comment