Selama satu hari berkemah, bertemankan hangat malam dan nyamuk paya bakau, melengkapkan hujung minggu di minggu kedua bulan Mei, yang mana Ahadnya itu Hari Ibu.
Sebenarnya ditugaskan pada pagi Ahad hingga pagi Isnin keesokannya, tetapi kerana ingin meluangkan masa menyambut Hari Ibu buat pertama kalinya bersama mama Darwisy, chekgu tukar ke Hari Sabtu, sambil-sambil mengelat malas ke LADAP.hehe.
Tiada sambutan besar-besaran, tiada bunga-bungaan, tiada hadiah banglow mahupun kereta sebiji, hanya makan-makan sahaja..hehe..
Setelah direkomen oleh kawan dan sedikit bantuan google yang bijaksana, Village View dipilih. Lokasinya di Bangi.
Macam biasa, sesi bergambar menjadi pembuka acara.
memang kampung sekali lampunya..;p

Darwisy seronok jugak ye walaupun takde makanan kat sini yang boleh Darwisy makan

sempat juga bermain dengan 'shutter speed'

f1.8

f22 tanpa tripod

Darwisy yang sibuk nak pilih menu ;)
hajat dihati nak makan Ayam Potong (chicken chop). Rupanya nak malam baru ada Western Food ni. Jauh barangkali naik plane..hehe. Jadi akhirnya menu di bawah yang menawan hati
Ikan siakap 3 rasa yang indah rupa dari rasanya. Diminta untuk 2orang, tetapi dibaginya yang 900gm, boleh dimakan 4 orang tu!!
kailan ikan masin
gelas terbalik??
telur bistik
tomyam ayam
Tiada dalam gambar
1) Sotong goreng tepung yang tiada rupa dan tiada rasa
2) Air jus oren
Yang sedihnya..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
siakap 3 rasa yang hangit ..nak makan macam mana!!!!!!
Setelah dikomen kepada pelayan, nampak takde penyelesaiannya. Ikan ada lagi sebelah. Akhirnya buat keputusan nak bayar separuh je disebabkan tak boleh makan, pahit!!!
Mujurlah juruwang di situ sangat berbudi bahasa, rupanya dia dah tau. Ikan berharga RM36 ringgit tu tak pelu dibayar dan dia meminta maaf atas kehangitan ikan itu..hoho.
Apa-apapun mood makan sudah terganggu, ikutkan banyak pemandangan menarik di situ yang boleh dirakam. Dengan kolam ikannya, air terjun dan lampu-lampunya. Tetapi sudah malas nak lama-lama di situ.
Mungkin semalam bukan hari kami, sebab semalam hari ahad ;)
Mungkin semalam bukan hari kami, sebab semalam hari ahad ;)
Balik singgah bungkus satay kajang untuk malamnya. Mengubat rasa kecewa dengan ikan hangit tadi..hehe
satay kajang Samuri versi Putrajaya
Nota Ringkas ; Makan di rumah lagi jimat dan terjamin kebersihannya, tetapi sekali sekala perut nak merasa kelainannya.
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU!
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU!
makanan semua sedap2...kecuali siakap yg hangit....baik kene pgglan hangit dr siakap hangit...huhuuh
ReplyDeleteKenangan hangit di hari Ibu.....
ReplyDeleteSalam Hari Ibu untuk mama Darwisy....yang jelita itu.
Kenangan hangit di hari ibu...
ReplyDeleteSalam Hari Ibu buat mama Darwisy..
@kitatauke
ReplyDeletehangit yang paling mahal pulak tu..hehe
@xiiinam
ReplyDeleteckLah juga ;)
Bertuahnya Mama Darwish... ada yang belanja makan special pulak tu.....
ReplyDeleteselalu pesan kat org amik order..
ReplyDelete"ikan tu garing yer, jangan hangit pulak"...
coz memang tak leh makan ikan siakap yg tak garing....
nasib ler dapat separuh harga jer...
@roslaini saad
ReplyDeletesekali sekala ;) Biasa-biasa je..
@Damia Aleesya
ReplyDeleteselalu tak pernah kena
lain kali kena beringat jugak lah..hehe
nasib baik tak payah bayar ;)
bagusnya cikgu bawak wife smbut hari ibu. terharu nengoknya :)
ReplyDeletehangitla plak..biasa klu terkena..mmg tidak akan kembali ke kedai yg sama..hehehe..kedai lain byk lg :)
ReplyDeletebtw,selamat hari ibu mama Darwisy :)
ouwwhh...hangit???klu saya pulang terus....hahaha
ReplyDeletetahun depan cikgu masak jer dekat umah
ouwwh tempat begitu menarik...
ReplyDeletetapi ikan hangit...huk3 sadis...
p/s:tahun depan cikgu masa ikan 3 rasa dekat umah jer
salam..
ReplyDeletewaaaa..memang bermakna buat ibu darwis tahun ni...moga demo dan keluarga terus berbahagia...
kalau kena bayar mau mengamuk juga.. len kali masakkan untuk isteri leh? :)
ReplyDelete@Wansteddy Tales
ReplyDeletekalau bagi rantai emas lagi terharu kan..hehe
biasa-biasa je.hehe
@Asma
ReplyDeleteitulah..memang serik ke situ.. TQ ye!!
@tengku_fir21
ReplyDeletenanti nak buat ikan 18 rasa..hehe
@pak long
ReplyDeleteamin.. TQ pak long ;)
@cikgu isza
ReplyDeleteentri masak-masak coming soon ;)
selain kenangan manis, kenangan hangit juga selalu diingat orang kan.
ReplyDeletePost a Comment