Salam..

Terkejut bila Fiza bagitau pasal kes mulut lancang RAFIQIN DARWISY (terkedu, nama dah sama dengan anak)

sila klik untuk besarkan

Mulanya tak sanggup nak upload gambar ini, tapi untuk perkongsian bagi sesiapa sahaja yang belum tahu. Kes mirip Adukataraguna. Cuma yang lepas si mulut lancang itu adalah orang dewasa (tetapi macam tiada akal orang dewasa). Kali ini (kalau betullah), seorang anak yang masih bersekolah. Nauzubillah! Penangan dunia dan madah di hujung jari.

Betapa merudumnya ketamadunan manusia hari ini, boleh tengok di sekolah. Tergambar melalui fiil budak-budak sekolah yang macam-macam. Setakat mencarut depan cikgu tu macam perkara biasa bagi mereka.

Tadi dalam kelas terkejut tiba-tiba seorang murid perempuan,ya..perempuan menjerit kepada kawannya

'' Sakitlah ba alif ba ya ''

Kesian kawannya yang juga perempuan itu.

Mungkin kalau diplotkan graf kemajuan dunia melawan masa dapat macam ni kot


Adakah kalau diplotkan graf ketamadunan manusia melawan masa pulak jadinya begini?


Salah sekolahkah? Salah gurukah? Guru-guru berada dengan mereka 24 jam kah?

Kehidupan manusia bermula dengan alam bayi yang perlu dijaga. Tiada gigi,tak boleh berjalan, perlu dijaga makan minum dan memakai lampin. Kemudian membesar berdikari sendiri. Bila dimamah usia gigi-gigi mula jatuh, dan juga memerlukan lampin. Perlu dijaga makan minum umpama bayi.


*siapakah Rafiqin Darwisy?silalah google
-kalau betul ko ni budak sekolah, ko ambillah ia sebagai iktibar
-kalau ko ni menyamar jadi budak, ingatlah langit tak sentiasa cerah

Nota Ringkas: Sama-sama berdoa agar anak-anak kita jauh daripada menjadi sebegini. Globalisasi yang menggerunkan!

17 Comments

  1. jadi cikgu mmg tertekan. buat salah kena saman kena tumbuk segala buat baik belum tentu terima apa2. sbb 2 sy awal2 give up nk jd guru huhu... harap2 dijauhkan anak2 kita dr gejala2 buruk begini... amin.

    ReplyDelete
  2. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..hehe


    Amiinn!

    ReplyDelete
  3. semoga tidak ada seorang pun 'Rafikin Darwisy" yang menjadi anak didk CM!! InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. bila macam tu kan....mak bapak dia tak ajar agama ke???? kat sekolah belajar ...kat rumah????

    ReplyDelete
  5. cikgu tak salah... entahlah... bingung la kadang2 pikirkan budak2 zaman sekarang ni, cikgu

    ReplyDelete
  6. CM~InsyaAllah..minta dijauhkan

    sonata~entahla akak..terlampau berani tak bertempat budak2 sekarang

    abangfaizul~ budak sekolah pun tak boleh disalahkan..jadi? siapa nak jadi 'kambing hitam?'

    ReplyDelete
  7. anak zaman kini.. cabaran hebat sekali..

    cikgu zaman kini.. kena cekal hati.. nak mengajarkah atau nak mendidik?

    ReplyDelete
  8. cikgu isza~kementerian pendidikan ditukar kepada kementerian pelajaran..

    so?

    ;)

    ReplyDelete
  9. salam buat naman....
    ampun kan mak kasimmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

    ReplyDelete
  10. salam pak long..

    ala kasimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

    ReplyDelete
  11. hahahha xtahan tuu siap ade graf :)

    anyway, budak ni budak kuantan..huhuh memalukan diriku sebagai org kuantan..


    erm ade xkemungkinan akaun FB kena hack? sbb FB mmberku pernah kena login dan siap print lagi

    ReplyDelete
  12. sungguh mencabar kannns,

    salamm,

    ReplyDelete
  13. Dahlia~tu la..kalau ada orang buat jahat naya la dia kan?

    TB~salam ;)

    ReplyDelete
  14. Jom selamatkan harimau!~ ^_^

    ReplyDelete
  15. setelah dirisik dari beberapa orang kawan..SAH! budak tu memang baru form 1..belajar kat sebuah sekolah kat kuantan ni..member jaja'Z memang mengajar dia...dari pengamatan member jaja'Z tu..dia budak senyap dlm kelas,cumanya malas buat keja...

    ReplyDelete
  16. setelah dirisik dari beberapa orang kawan..SAH! budak tu memang baru form 1..belajar kat sebuah sekolah kat kuantan ni..member jaja'Z memang mengajar dia...dari pengamatan member jaja'Z tu..dia budak senyap dlm kelas,cumanya malas buat keja...

    ReplyDelete
  17. Kematian dia nanti belum tentu macam mana....


    Itu pun kalau ada orang tersedar dan jumpa mauat...eh bangkainya!


    Orang berfacebook...dia juga mahu berfacebook....begitulah kalau amal tanpa ilmu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post