Hujung minggu ni baru dapat merasakan Sabtu dan Ahad itu hujung minggu sebenarnya. Sebelum ni hanya hari Ahad merupakan hujung minggu..Itulah cikgu kan? 6hari seminggu bekerja.
Jadi dua hari ni berjalan je kerjanya (tapi bukan jalan kaki ye). Bila jalan-jalan , nak cari makan pula. Walaupun bukannya Jalan-jalan Cari Makan yang sangat menguntungkan hosnya yang dapat makan percuma, sedap-sedap pulak tu..hoho
Sabtu
Hari ini tujuannya nak menyertai acara-acara membeli belah secara berkemah berhemah di Jusco. Walaupun sesetengah barang itu nampak gah bila diletakkan 'sale' hingga 70%, diletakkan harga asal 300++ tetapi kualiti sebenarnya betul-betul mengikut julat harga selepas diskaun 70% itu. maknanya mereka menaikkan harga asal dan merambangkan mata pembeli dengan angka 70% yang besar itu. Jadi jangan tertipu, tengok barang dulu.Chewah..Lagak macam pembeli bijak padahal pernah kena camtu.
Kata tajuk pasal makan. Tiba-tiba bagi ceramah.Ok, inilah dia makanan-makanan yang tidak dirancang untuk dimakan pada mulanya..hoho
rasanya macam roti canai/roti arab je..Baru berada dalam menu di sini empat hari sebelum hari ini.
Balik sembahyang asar, keluar untuk sesi bergambar dengan kadar yang amat sekejap kerana hujan yang turun bagaikan mutiara..

harus kembali ke sini untuk bergambar lagi

tengokla..tak sempat nak 'set' betul-betul, terpaksa bertempiaran lari bila hujan turun
tamat cerita panggung Sabtu
**********
Ahad
Bercadang ke Sepang GoldCoast yang vogue itu. Tetapi dibatalkan atas sebab-sebab yang munasarawaksabah. Akhirnya ke Alamanda jua kami sekeluarga..haha..Membeli belah sedikit walaupun gaji lambat lagi..huwaaa..
Juga dihasut oleh monolog dalaman perut ke gelanggang makanan(foodcourt) RASA. Untuk dua pinggan mihun tomyam yang betul-betul 'holiauuuuuu'(tiba-tiba kecur air liur teringat mihun tomyam tu..slurpp)
memang licin la kalau pekena mihun tom yam kat sini..Fuh..Dalam aircond pun berpeluh, air hidung nasib baik tak meleleh masuk dalam mangkuk..yarksss..Teringat member dulu air hidung dia masuk dalam mangkuk kueteow sup..eeeeeeeeeeeeeeeeeee
Balik dari Alamanda bergambar lagi..hahaha..

Tamat cerita panggung Ahad(ada ke?)
Esok nak ke mana ye?
Nota Ringkas : Makanan kat luar tak terjamin kebersihannya.
the food pic is making me hungry edy.. =/
ReplyDeletego to find it lah..hihi
ReplyDeletesalam buat naman...
ReplyDeletecomeynyer anak....aper nama baby tu..?kiter dah tutup kedai..tak der baby dah..hehehe
Haih....ckLah baru rendam bihun pagi ni.....sementara tunggu bihun kembang, baca cerita kau, n@m@n...
ReplyDeleteEntri lepas, dua tiga kali ckLah nak post komen tak boleh (guna henpon). Cuti2 ni, PC, laptop, netbook semua anak monopoli...rumah dh macam cyber cafe!!!Ibunya dapat henpon yang tak sepower mana je...
pssst: Nuha download semua gambar kucing tu....menjerit-jerit dia tengok aksi-aksi kucing tu...
bukan guru pula kena bekerja hari isnin wuuuwuuuu
ReplyDeletePAKLONG~ Darwisy..
ReplyDeletepaklong tak nak bukak balik kedai ke?hehe
XIINAM~ sejam berapa RM cKlah CC tu?hoho
henpon cKlah jauh lebih canggih dr saya
Lepas masak emel ke sini ye..
laki cikgu kimia~tak kerja pon ada kerja maaaaaaa!!
selamat bercuti2...walaupun seminggu...wow best kan....kertas ujian jangan lupa tanda...sila tanda oiii....saya paling banyak cuti untuk takat ni....ni mc samapai 19.3....mc la kira...kena rehat...dok ber"longgok " la...he3x ( blogging istilah hubby - berlonggok )
ReplyDeleten@m@n,
ReplyDeleteSesekali cita pasal makan, ok jugak (posting baru saya crita pasal makaan jugak).
Apapun, Darwisy tu nampak dah besar, mesti dah pandai nak berkawan... Kalau ada adik kan bagus.......
salam,
ReplyDeletemalam td dh singgah tp bile nengok makanan tu time perut lapo lak terus tk jadi komen hehe.. tp pg nih dh kenyg jd selmt bercuti dan jejalan carik makan hehe
tak banyak. minta sepingggan.
ReplyDeleteyes. biar jd cikgu yang ikhlas. anak bangsa sekarang....hurm..
sonata anak kancil~tak start menanda lagi..hehe..nk berlonggok jugak
ReplyDeletemantan~a'ah..sekali sekala cerita..
a'ah, dh besar, ragam pun bertambah..hehe..adik???
insan pendidik~kena buat post masa pagi la mcm tu..hehe
hBZ~sepinggan RM5.80..hehe
insyaAllah..
Post a Comment