Wah bukan kemain lagi Darwisy didukung semasa kat kampung baru-baru ni..Lebih-lebih lagi oleh great grandparent( apa dia eh istilah bahasa Melayu..lupa dah..nyang ke??hoho)

Bukan main lagi seronok mereka bermain-main dengan cicit mereka yang dah pandai melompat-lompat tu..

Gambar-gambar mereka bersama Darwisy ada di sini

Darwisy dah mula diajar mengenal apa yang berada di sekeliling rumah di kampung..hoho



seronok dia boleh tengok pokok-pokok yang daunnya melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa Nepal



ayam-ayam kampung yang salah seekornya dan selamat menjadi gulai baru-baru ni

teringat dulu selalu tolong arwah atuk kat kelantan pegang ayam daging semasa nak disembelih,lepas tu cabut bulu-bulunya..Dapatlah upah sedikit..hehe

cempedak yang tidak akan menjadi nangka

pokok bunga ni ada kat rumah chekgu, tapi masih tak berbunga-bunga cinta lagi..hoho

kat kampung chekgu namanya belimbing buluh??tempat lain apa namanya?

Darwisy berkenalan dengan gedebusss



oooo..Yang ni bahaya ni..hehe

Mak cakap 'Eh naman,macam Animal Geographic pulak ada gambar lebah ni'

Bila National tukar kepada Animal mak?? hehe

**************************


kisah ayam kampung dan ayam bandar daging

Teringat seorang kaunselor pernah berceramah

Ajarlah anak kita seumpama ayam kampung..Ayam kampung boleh 'survive' sendiri

Boleh cari makan sendiri

Lari menyelamatkan diri bila dalam ketakutan

Daya tahan yang tinggi

Ayam daging???

Bila lori yang membawa ayam-ayam daging, tengoklah apa jadi, adakah mereka melarikan diri atau sekadar terpinga-pinga di situ?

Kalau ayam kampung sudah lama lesap kan?

15 Comments

  1. masa di kampung dulu, belimbing buluh itu gua buat isap2 cicah dengan garam di tapak tangan sebelum pegi main guli.

    ReplyDelete
  2. laki cikgu kimia~ wah..dasyatnya..gua setakat mangga putik bolehla cicah garam,belimbing buluh tu msm sgt

    bolehla kita challenge lwn guli ye..gua jagoan kampunng dulu..hoho

    ReplyDelete
  3. Ayam tu pun...
    Saja je tunjuk aksi begitu depan Darwisy ya!




    Cantik imej-imej pegun yang kau rakam...

    ReplyDelete
  4. teringat peribahasa 'kais pagi makan pagi',

    salamm cikgu,

    ReplyDelete
  5. bulatnye mata..tentu teruja melihat permandangan di kampung yg menceriakan.

    ReplyDelete
  6. gambar semuanya menarik tapi gambar si lebah menghisap madu memang ada gaya national geographic...banyak maknanya tu

    ReplyDelete
  7. Salam naman.

    Cantik gambar2 yg awak ambil ni.
    Baguslah tu ajar Darwisy mengenal benda2 di kampung juga. Kalau tak nanti besar cuma kenal benda2 di bandar.

    Berapa umur dia sekarang?

    ReplyDelete
  8. Kalau org bandar balik kampung, ayamlah yg selalunya menjadi korban. Kami pun macam tu jugak hehehe

    ReplyDelete
  9. ...like grandfather like father like son!!!

    ReplyDelete
  10. xiiinam~tu la..ayam fotogedik..hehe..terPEGUN?

    tunbegia~ kais malam tak makan sebab diet..W'salam

    Mr PenyuBiru~indah dan kehijauan gitu

    izakhairi~hehe..TQ..semuanya gambar amatur..kalau pro boleh nampak batang sengat lebah tu

    Yunus Badawi~4 bulan lebih..sedapkan gulai ayam kampung?

    sonata anak kancil~ i like it!!

    ReplyDelete
  11. Jangan sampai Darwisy disengat tebuan tu n@m@n!

    ReplyDelete
  12. mantan~yang tengok tebuan sy sorang je..hehe

    ReplyDelete
  13. hoho...tgk belimbing buluh tu, mesti teringat zaman mengaji kecik2 dulu...masham!!!

    ReplyDelete
  14. cantiknya bokeh gambar baby tu bro

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post