Awal tahun bagi cikgu-cikgu adalah masa yang sibuk...Macam-macam benda nak dikuruskandiuruskan, tapi badan chekgu tak kurus-kurus pon lagi..bila la chekgu nak start jogging kurangkan sekilo kat muka,2kilo stgh dkt perut dan pinggang..yang dekat lengan biar je la..hoho

Minggu ni juga la chekgu, begitu jugak dgn cikgu-cikgu lain mula berdepan cabaran mendidik anak bangsa..kekadangnya mendidik anak-anak orang yang tak suka dididik..yang datang dipaksa oleh mak bapak..semata-mata untuk dapatkan sekeping sijil

'Tak dapat sijil tak dapat kerja maaa'


Ingat chekgu ni ma kamu ke Ah Seng(bukan nama sebenar)?

Kelas macam mana chekgu dapat tahun ni??? Untuk add math sambung kontrak mengajar budak-budak F4 tahun lepas..maknanya tahun ni SPM..cabaran tu

Untuk Sains tiga kelas 4G,4D dan 4U..semuanya kelas dihujung-hujung jari

Chekgu masuk 4G dan 4D..mulakan sesi berkenalan..chekgu tanya nama dengan keputusan Sains PMR je..chekgu tak nak tanya latar belakang..sebab sudah diketahui, kebanyakannya adalah anak-anak buruh,pekerja kilang,drebar lori dan yang seangkatan dengannya..

hasil penyiasatan chekgu

4D - 28 0rang kesemuanya, 2orang dapat C, 3 orang tak ambil result lagi..yang lebihnya D

chekgu buat lawak

'Patutla nama kelas 4D!'

Disambut dengan gelak tawa (semuanya anak jantan)

4G (kelas chekgu) - 45 orang kesemuanya, 2 @ 3 dapat C, 2 org tak ambil result lagi,yang lain lain D

' Saya dapat Donkey chekgu'


Chekgu jangkakan keadaan yang sama dengan kelas 4U yang jumlah muridnya macam 4G

Hmmmm..Bertafakur jugak chekgu melihat result yang hebat itu..B.Inggeris adalah medium pengajaran sehingga 2012..Macam mana nak ajar sains dlm BI kepada murid-murid ni??

Che DEt boleh jawab ke?

Sebab tu ada yang tak sokong PPSMI tu Che Det..

Tak tau che Det tu sape???Google la ye..taip je kat kotak google blog chekgu ni..kat atas sekali tu..Jangan taip che guevara pulak

*******************************

Untuk habiskan masa 70 minit dengan kelas 4D yang apa-apa pun takde lagi awal-awl ni,selepas berkenalan chekgu bagila teka teki

dapat jawab singgit

up 2ringgit

up 10 ringgit

up up and away..last-last chekgu yang jawab sendiri

teka teki yang pernah chekgu tanya dulu, macam mana nak jadikan I I I I empat batang lidi ni sepuluh


lawanya lidi yang chekgu lukis tuuuuu!


bersungguh-sungguh demi sepuluh ringgit

16 Comments

  1. sabar je la dik...abg pun menghadapi masalah yg sama dlm mengajar BI kpd budak2 ni. Poning kepala pakcik nak explain the three basic tenses: present, past n future. sampai F5 pun x tahu nak bezakan.

    ReplyDelete
  2. juk~tu la dis..kalu BI pon poning, nk ngajar sains dlm BI lagi la

    ReplyDelete
  3. Ni snap snap gambar dalam kelas ni....
    Esok PPD nak datang pantau kelas cikgu tau..
    Siapkan BBM yang canggih...



    he..he..

    ReplyDelete
  4. xiiinam~ esok pengetua baru yang datang..lalalala

    ReplyDelete
  5. huhu
    all the best utk kelas spm..
    add math itu "kacang"
    wakakkaa

    ReplyDelete
  6. tengku_fir21~ kacang apa?tanah ke.panjang ke buncis??huahuahua

    ReplyDelete
  7. hahaha...payohnyoh jd cekgu!
    nok² ngajar kelas ujung²..mesti tensen gilos

    eh papa k.eli ajin teko gitu..alamak nk keno call dio la nk tahu jwpn gak :P k.eli xigt doh etep

    ReplyDelete
  8. Aku pun tak dapat jawablah... Kena dok kelas manelah aku ni yer...

    ReplyDelete
  9. E.L.I.Z.A~ tepon jgn x tepon




    Webmaster@Echam~ tahun lepas budak kelas paling hujung boleh jawab..hehe

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum naman

    nasib baik saya tak ajar add maths...
    ajar sains ni boleh klentong2 citer ngan budak2 hujung tu...

    ReplyDelete
  11. salam naman..wah lama btul tidak menjenguk di sini..yg penting kutahu semangatmu tetap kuat

    ReplyDelete
  12. n@m@n,
    Nak tanya ni..Kat sekolah naman, masa tktn satu, ada tak budk-budak tu diajar cara macam mana nak belajar di SM yg tak sama macam mereka belajar kat SK.?

    PPD datang mantau, nak tengok P&P sudah mula ye?

    ReplyDelete
  13. salam,

    bagus entri ni pasal hari pertama ye. tapi pengalaman IP bebudak kelas ujung ni awal2 je bersemgt pastu dh jadi ntah ape tp bgantung pd cekgu nyer gak kene la sesuaikan P&P ikut kemampuan depa tuu

    ReplyDelete
  14. slm...sorry ckgu xdpt tunaikan janji..pape nanti de kekosongan sy g.

    ckgu bwk camera dlm class? pwer na? fuhh..

    ReplyDelete
  15. a kl citizen~ waalaikumussalam..tp kena kelentong yg betol je..hehe

    imanshah~kental gitu..

    en_me~ volle la tahans!

    mantan ~ saya pun tak sure..tp program orientasinya ada,pengisian tak tau pulak..

    stkt ni PPD dtg tgk2 sekolah je..

    insan pendidik~ salam kembali..tp kekadang buntu..masuk tgh tahun ada yg kena buang, gantung, ponteng sekolah...sabar je la


    suffian.othman~ haaa..diam terus!!

    mana ada kamera K81oi yg dh nak hancus je pian..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post