Apa itu sebatian hidrokarbon
Sebatian hidrokarbon ialah sebatian karbon organik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja.
Penyulingan Berperingkat Petroleum Petroleum ialah suatu campuran hidrokarbon. Campuran hidrokarbon ini perlu diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat sebelum pecahan pecahan petroleum ini dapat digunakan. Proses penyulingan berperingkat digunakan kerana pecahan pecahan petroleum mempunyai takat didih yang berbeza. Sebatian Hidrokarbon Tepu dan Tak Tepu Hidrokarbon tepu Hidrokarbon tak tepu Mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon dengan atom karbon (C–C) Hidrokarbon tak tepuMempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon (C -C) atau ikatan kovalen ganda tiga di antara atom karbon dengan atom karbon (C- C).
Siri Homolog
Dalam kimia organik, satu siri homolog terdiri daripada kumpulan sebatian organik tertentu yang mempunyai sifat kimia yang serupa. Antara contoh siri homolog termasuklah alkana dan alkena.
Alkana
Alkana ialah sebatian hidrokarbon tepu. Setiap atom karbon dalam molekul alkana mempunyai ikatan kovalen tunggal dengan atom karbon lain .
Oleh sebab alkana merupakan satu siri homolog, setiap ahli siri homolog alkana dapat diwakili oleh formula am Cn+H2n+2 di mana n = 1, 2, 3, …
Alkena
Alkena ialah sebatian hidrokarbon tak tepu. Setiap molekul alkena mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon.
Oleh sebab alkena merupakan satu siri homolog, setiap ahli siri homolog alkena dapat diwakili oleh formula am Cn+H2n di mana n = 2, 3, …
Sumber Tenaga Alternatif dan Tenaga Boleh Baharu dalam Kehidupan Harian
Bahan api fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu yang semakin berkurang. Oleh sebab itu, sumber tenaga alternatif menjadi semakin penting untuk membekalkan tenaga dalam kehidupan harian. Sumber tenaga alternatif merupakan sumber tenaga yang tidak mudah habis digunakan seperti tenaga nuklear atau sumber tenaga boleh baharu Contoh-contoh sumber tenaga boleh baharu adalah seperti di bawah: • sumber tenaga solar • sumber tenaga angin • sumber tenaga hidro • sumber tenaga biojisim • sumber tenaga geoterma • sumber tenaga air pasang surut • sumber tenaga gelombang ombak Banyak negara termasuklah Malaysia berpotensi membina stesen jana kuasa nuklearuntuk membekalkan tenaga. Kebaikan dan keburukan pembinaan stesen jana kuasa nuklear perlu di nilai sebelum membuat sebarang keputusan.Jom saksikan video penuh pengajaran pengenalan kepada sebatian hidrokarbon di youtube saya seperti di bawah :
Post a Comment